Ada segelintir pekerja mengambil mudah tentang masa yang telah ditetapkan bagi sesebuah kertas kerja. Selalunya setiap kertas kerja yang diberi ada tempoh masa tertentu untuk disiapkan, dan perkara ini selalu menjadi masalah kepada sesetengah pekerja.
Mereka lebih suka menangguhkan kerja dan merasa malas untuk  menyiapkan tugasan. Apabila tempoh hampir tiba barulah tergesa-gesa ingin menyiapkan kertas kerja. Inilah yang menyebabkan pekerja mudah merasa stres.
Ini adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka rasa malas.
Kurang arif dengan tugasan tersebut
Ketika diberi tugasan, sila semak dahulu kertas kerja. Seandainya anda kurang arif tentang sesuatu hal, tanya pada yang lebih arif. Bukan untuk menyelesaikan tugasan tersebut, tetapi untuk mengetahui caranya. Lebih baik anda mulakan dengan tugasan yang lebih mudah terlebih dahulu daripada anda membiarkan tugasan tersebut.
Takut tidak boleh menepati deadline
Oleh kerana anda merasakan tugasan yang diberi itu sangat susah dan anda berfikiran bahawa anda takut jika tidak menepati deadline, anda mula merasa cemas dan tidak tahu dari mana hendak mula. Anda rasa malas dan ambil keputusan untuk tidur tanpa melakukan tugasan tersebut. Buang perasaan takut dan mula menyiapkan tugasan diberi dengan penuh semangat, baru lah dapat hasil seperti yang diinginkan.
Takut gagal
Saat kita merasakan takut akan kegagalan dan masa yang terbuang dengan sia-sia, kita sudah ketinggalan jauh dibelakang. Akibatnya, kita tidak bergerak sedikit pun kerana diselubungi dengan rasa takut dan gagal itu sendiri.
Tertekan dengan waktu
Ini juga penyebab kenapa kita sering melengahkan tugasan. Kita sudah merasakan tekanan terlebih dahulu kerana membayangkan berapa banyak masa yang perlu kita korbankan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Jangan terlalu awal untuk mengalah, belajar lah bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan.
Sumber : Hanasuva