Siapa di sini kerap kali mahukan pasangannya mengungkapkan perasaanya melalui kata-kata. Untaian kalimah pujian ‘cia cia cia’ yang puitis boleh membuat setiap wanita melayang.
Hmm, tapi tahukah anda lelaki sebenarnya sukar untuk mengungkapkan perasaannya? Ini kerana lelaki lebih suka mengungkapkan perasaannya melalui cara yang tersirat.
Ingin tahu apa yang dilakukan lelaki membuktikan rasa cinta kepada anda? Semak penjelasannya dibawah ini.
0. Dia mencintai anda? Tanpa segan dia akan menceritakan tentang anda kepada orang terdekatnya.
1. Ketika dia tak mengenalkanmu kepada orang terdekatnya sebaiknya jangan terlalu suka walaupun dia gemar mengumbar kata cinta.
2. Dia tahu setiap perkara mengenai diri anda, termasuk aiskrim kegemaran anda.
3. Sesibuk bagaimanapun, dia akan selalu meluangkan waktu untuk anda.
4. Dia membiarkan anda untuk menikmati ‘me time’ tanpa gangguannya.
5. Saat anda bercerita, walaupun acuh tak acuh sebenarnya dia mendengar kata-kata anda. Apabila anda memerlukan saranan tanpa segan dia akan membantu anda untuk memberikan jalan penyelesaian.
6. Dia rela meminta maaf terlebih dahulu.
7. Waktu terburuk sekalipun, dia akan selalu menyokong anda, memastikan semuanya baik-baik sahaja.
8. Dia selalu membanggakan anda dalam pelbagai situasi.
9. Ketika anda ingin menangis, dia akan mengetahuinya.
10. Dia menggenggam tangan anda di khalayak ramai. Seperti ingin mengatakan, ‘Ini pasangan aku.’
11. Dia selalu berusaha membuat keadaan menjadi baik, seberat bagaimanapun.
Akhir sekali, adakah pasangan anda jenis yang sukar mengungkapkan perasaan pada pasangan? Fahamilah dirinya.