Majoriti pasangan akan rasa tidak selesa berbincang soal kewangan sebelum memberi komitmen penuh untuk hubungan jangka panjang, lebih-lebih lagi sebuah perkahwinan. Mungkin risau akan bertengkar di hari bahagia membuatkan ramai yang memilih untuk elak berbincang tentang duit secara serius.
Duit boleh menjadi satu isu yang sensitif tetapi perlu dibincangkan kerana anda boleh tetap jujur mengenai duit di peringkat awal perhubungan anda. Anda cuma perlu tetapkan halatuju yang positif dalam hubungan anda akan berjaya.
Tambahan, jika anda tidak boleh berbincang tentang duit, bagaimana anda mahu berbincang tentang pelbagai cabaran lain yang anda bakal tempuhi di alam perkahwinan?
Kita hidup di alam realiti, pelbagai cabaran akan dapat ditempuhi, kenalah usaha untuk memulakan hubungan anda dengan jujur, bertanggungjawab dan dengan komunikasi yang baik.
Ada tujuh perkara utama yang aliffchannel.com akan kongsikan kepada anda perlu anda lakukan sebelum anda berkahwin.
Jujur tentang semua hutang dan aset
Buat satu penyata yang akan beri gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan anda. Dari sini, bincang cara bagaimana anda akan uruskan hutang atau apa-apa tanggungjawab kewangan lain bersama.
Bincang pelan jangka masa pendek dan panjang
Bincang tentang apa-apa rancangan yang anda ada – mungkin nak beli rumah, ada anak, atau berpindah ke luar negara. Jujur dan luahkan juga kerisauan anda dan apa-apa pengorbanan yang diperlukan untuk capai cita-cita anda.
Bajet kewangan
Pasangan muda selalunya akan ada cabaran bila kongsi hidup bersama. Bila anda ada bajet, anda boleh tahu batas masing-masing dan elak pergaduhan.
Lantik seseorang uruskan kewangan
Hakikatnya, tak semua orang cukup berdisiplin untuk bayar semua komitmen pada tarikh-tarikh tertentu dan lupa satu bil pun. Kalau anda lebih bijak uruskan kewangan, lebih pandai susun dan lebih banyak masa, mungkin anda yang patut uruskan hal kewangan supaya tak ada yang tertinggal nanti.
Bincang sama ada mahu kongsikan atau asingkan wang masing-masing
Bincang dan putuskan sama anda anda akan uruskan tanggungjawab kewangan masing-masing atau anda akan kongsi belanja rumah sama-sama. Letakkan peraturan supaya anda takkan buat sesuatu yang pasangan anda tak suka.
Uruskan dokumen berkaitan undang-undang
Pastikan semua dokumen berkaitan undang-undang teratur dan sentiasa dikemaskini contohnya pinjaman bank, insuran kesihatan dan insuran nyawa.
Berbincang semula
Situasi anda mungkin berubah dari semasa ke semasa. Selepas kahwin anda akan belajar benda baru dan dari situ anda boleh bincang semula sama ada keputusan yang pernah dibuat dulu masih relevan atau tidak. Sekali sekala, bincang semula tentang rancangan kewangan anda dan sesuaikan dengan keadaan.