Semakin ramai pasangan berkahwin campur di Malaysia sejak kebelakangan ini. Ini kerana negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat yang hidup dalam keadaan harmoni.
Seperti yang dapat dilihat, kini menjadi trend yang semakin meningkat di mana lelaki Melayu berpasangan dengan gadis Cina.
Ada beberapa sebab mengapa lelaki Melayu meminati gadis Cina ini.
1 Kulit Putih & Licin
Majoriti gadis Cina mempunyai kulit putih menawan dan lembut seperti ala artis Korea Selatan. Ia menjadi trend terkini ramai lelaki yang meminati gadis berkulit putih termasuk lelaki Melayu.
2 Badan Langsing & Ramping
Tubuh gadis Cina kebanyakannya langsing dengan pinggang yang ramping. Tubuh mereka kebanyakannya berbentuk ‘hour glass’ yang menjadi kegilaan lelaki ketika ini.
Badan berbentuk badan ini memang diminati lelaki Melayu lebih-lebih lagi apabila memegang gadis itu dipinggangnya!
3 Pandai Berpakaian Cantik & Menjaga Penampilan Diri Sentiasa
Fesyen mereka banyak dipengaruhi oleh fesyen Korea dan barat. Biasa melihat mereka memakai baju skirt pendek atau baju kasual dengan seluar panas.
Ini sudah pastinya membuat semua lelaki termasuk lelaki Melayu segar mata memandang.
4 Rambut Yang Lurus Dan Halus, Sesedap Mata Memandang
Penduduk berasal dari Asia Timur mempunyai rambut lurus dan licin. Apabila berpakaian dengan betul ia akan kelihatan menawan.
Sebab itulah, lelaki Melayu suka gadis Cina kerana rambut yang pelbagai gaya menyempurnakan penampilan mereka.
5 Boleh Bertutur 3 Bahasa (Multilingual)
Ini tidak boleh dinafikan. Gadis Cina di negara kita boleh bercakap tiga bahasa. Sama ada anda berbahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin, kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka.
Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika anda ke kedai motor tauke cina kerana teman wanita atau isteri cina anda boleh berunding dengan harga yang lebih murah.
Tambah-tambah kalau ada anak, isteri cina boleh ajar bahasa cina untuk naikkan skop kerjaya masa depan anak.
6 Pandai Dalam Matematik & Kira-kira
Anda perasan semasa di sekolah menengah apabila keputusan untuk meneliti subjek matematik telah keluar dengan pasti yang majoritinya berbangsa Cina.
Memang betul orang Cina pandai matematik kerana dikatakan bahasa memudahkan untuk mempelajari subjek tersebut.
Tetapi, sebagai lelaki, biasalah kita lambat sikit bila berfikir, jadi sebab itu ramai lelaki Melayu minat perempuan Cina sebab nanti senang nak kira apa sahaja.
7 Bijak Mengurus Kewangan & Pandai Berjimat
Bila sebut pasal duit, perkara nombor satu dalam kepala kita ialah perempuan. Bukan nak kata perempuan ada duit, tapi dalam hal kewangan ni, biasa kita nampak perempuan yang lebih bijak menjaga duit sebab perempuan dilihat lebih bijak menyimpan dan lelaki lebih bijak berbelanja. Heheh.
Tetapi gadis Cina mempunyai kelebihan kerana kebanyakan keluarga Cina terlibat dalam bidang perniagaan, jadi pengetahuan tentang pengurusan wang adalah sentiasa diturunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi kemahiran semula jadi.
8 Kurang Menjengkelkan Atau Gedik
Inilah fakta terbaru yang dikongsikan oleh beberapa lelaki Melayu yang pernah berpasangan dengan gadis Melayu dan Cina. Perbezaan ketara yang mereka adalah gadis Cina lebih mudah mesra atau happy go lucky.
Gadis CIna tidak banyak bercakap (membebel) dengan lelaki dan tidak mempunyai sikap gedik yang sememangnya dibenci oleh golongan lelaki Melayu.
Asalkan seseorang lelaki itu setia dan menghormati gadis Cina, sudah cukup untuk memberikannya kebahagiaan.