Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Hubungan

6 Perkara Anda Pelajari Jika Anda Masih Single Ketika Orang Lain Sibuk Untuk Berkahwin

21/01/2017
dalam Hubungan
2 minit bacaan
0
semakin lama single

Foto Ilustrasi

919
PERKONGSIAN

Mungkinlah akan lebih sunyi apabila anda single yakni masih bujang, tetapi tidaklah bermaksud orang yang mempunyai teman hidup ini sempurna dan bahagia.

Mungkin belum masanya buat anda untuk memungkin kekasih. Berikut ini ada beberapa perkara yang anda boleh pelajari sementara masih single.

Ilustrasi – Foto: presidentsquarters.com

1. Pilihan anda akan berubah sepertimana anda berubah

Ramai orang berkata bahawa ketika di usia 20-an adalah tahun untuk anda bereksperimen dan mencari apa yang anda inginkan dalam pasangan anda. Semakin berusia diri kita, nilai yang kita inginkan pada pasangan itu mula berubah dan selari dengan nilai dan matlamat yang kita ingini dalam kehidupan.

Hubungan yang “gila-gila” mungkin adalah ideal ketika anda masih muda, tetapi ketika usia anda semakin bertambah, anda mungkin inginkan seseorang yang lebih stabil, jujur, dan menyokong cita-cita anda.

2. Anda mempunyai lebih banyak masa untuk menentukan jalan karier yang sesuai untuk anda

Mereka yang tidak terburu-buru mengejar perkahwinan ketika usia 20-an ini belajar untuk memperoleh pencapaian daripada pelbagai aspek selain hubungan dan pasangan.

Salah satu daripada pencapaian tersebut ialah membina kerjaya yang memotivasikan anda untuk terus belajar dan membesar. Anda akan lebih bahagia dan tidak terlalu bergantung pada perhubungan semata-mata untuk menjadi bahagia.

3. Hubungan anda dengan kawan semakin akrab

Apabila anda single, anda mempunyai banyak masa untuk menguatkan ikatan persahabatan anda. Mereka adalah orang yang anda inginkan ketika perkara tidak berjalan dengan baik dalam hidup anda. Mereka akan menjadi pendukung anda. Jika anda memilih rakan yang baik, anda akan sentiasa mempunyai tempat untuk bersandar apabila anda perlukan sokongan.

4. Anda belajar untuk menyelesaikan sesuatu

Menjadi single bukanlah sesuatu yang teruk, melainkan anda berfikiran begitu. Rumput akan sentiasa kelihatan lebih hijau di sisi yang lain, yang akan membuatkan kita mencari sesuatu yang kita tidak inginkan atau perlukan.

Baca Juga  Jangan Mudah Putus Asa Dengan Crush

Seperti juga hubungan. Kadangkala kita inginkan kerana berasa kebosanan atau kerana tiada apa yang berlaku dalam kehidupan ini, tetapi cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan kerana orang akan disakiti.

Jangan takut untuk mengakhiri hubungan kerana anda atau pasangan anda tidak memberikannya 100 peratus.

5. Mempunyai anak bukanlah jalan penyelesaian

Ramai yang akhirnya melalui jalan dalam kehidupannya yang mereka tidak pernah jangkakan, dan menganggap mempunyai anak adalah jawapan kepada masalah mereka. Anak bukanlah seperti insurans yang membuatkan hubungan anda berkekalan.

Kenyataannya adalah sebaliknya. Seorang anak adalah ujian untuk menguji kekuatan dalam perhubungan, dan dapat menghancurkan seseorang jika anda tidak bersedia.

6. Perkahwinan juga bukanlah jawapannya

Sepertimana mempunyai anak bukanlah jalannya, begitu juga dengan berkahwin. Jika anda tidak tahu cara untuk menjadi bahagia, semak diri sendiri sebelum berkahwin, maka sebuah perkahwinan bukanlah tempat untuk anda mencarinya.

Anda perlu selidik siapa diri anda yang sebenarnya dan cintai diri anda sebelum anda jatuh cinta dengan orang lain.

Perkahwinan bukan mengisi kekosongan dalam hati. Hanya anda sahaja yang dapat mencipta kebahagiaan sebenar dalam diri anda.

Hashtag: single

Artikel Berkaitan

Ilustrasi - Foto: Unsplash.com

Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal – Kajian

20/11/2020
maksud mimpi dicurangi pasangan

Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

01/06/2020
terlalu bergantung pada pasangan

Ini Tandanya Anda Terlalu Bergantung Kepada Pasangan

26/05/2020
tips kewangan buat yang baru berkahwin

5 Tips Mudah Menguruskan Kewangan Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

23/05/2020
bila lelaki mengabaikan seseorang wanita

Bila Seorang Lelaki Mengabaikan Seseorang Wanita Dia Hanya Mengajarnya Bagaimana Untuk Hidup Tanpa Dia

16/05/2020
kawan sejati di tempat kerja

Mempunyai Kawan Sejati Di Tempat Kerja Adalah Salah Satu Rahmat Terhebat Dalam Hidup

16/05/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup

    21304 perkongsian
    kongsi 21304 Tweet 0
  • 5 Sebab Lelaki Tak Akan Berhenti Untuk Berlaku Curang

    3692 perkongsian
    kongsi 3692 Tweet 0
  • Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja

    18265 perkongsian
    kongsi 18265 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2020 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2020 • aliffchannel.com All Right Reserved