Pasti ada di antara anda yang masih hidup bujang, hidup bersendirian dan ingin merasai kebahagiaan bersama insan yang bergelar kekasih.
Melihat orang lain yang sering keluar berdua dan saling berkongsi masalah membuatkan anda tertanya-tanya, mengapa anda tidak bernasib baik seperti mereka.
Sebenarnya sikap anda yang ego dan susah di dekati orang lain adalah salah satu punca mengapa sukar untuk mendapat teman hidup, tambahan pula anda suka mengikut jejak orang yang ‘tidak punya kekasih hati pun tak mengapa, asalkan hidup bahagia’.
Tetapi ternyata hati masih juga mencari cinta dan rasa sunyi bukan? Sila buang ego anda jauh-jauh ya! Dalam islam juga menggalakan anda mencari teman hidup dan sama-sama mencari redha ALLAH S.W.T.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda susah mendapat teman hidup dan lambat dapat jodoh, antaranya ialah:
1 Anda seorang yang sangat memilih
Ini adalah salah satu sebab mengapa anda susah didekati, sangat memilih dan terlalu banyak meletakkan syarat-syarat yang kononnya anda sukakan kesempurnaan. Buka mata dan minda anda! Mana ada manusia yang sempurna kan? Sebaiknya cuma mengenali seseorang dan rasai keserasian antara anda dengannya, kenali kelebihan dan kekurangannya. Nanti pasti anda akan tahu bahawa manusia dicipta antara satu sama lain untuk saling melengkapi.
2 Teringat kisah pahit
Setiap orang mempunyai kenangan pahit dalam hidup. Jangan biarkan kenangan pahit itu menyebabkan anda serik untuk cuba mengenali insan lain dan cuba mencari cinta baru. Manusia itu tidak sama perangainya, kenali dan dalami isi hati, baru anda akan mula rasa selesa dan cuba lupakan kisah lama anda. Mulakan kehidupan yang baru dengan cinta yang baru.
3 Kurang pergaulan
Jika anda mahu cuba mengenali seseorang, anda seharusnya keluar dari zon selesa, jangan hanya terperap di dalam rumah habiskan masa begitu sahaja. Sesekali keluar dan mencari rakan baru. Mana tahu nanti terjumpa pasangan yang sesuai kan?
4 Takut terluka
Anda munkin tidak pernah bercinta, tetapi oleh kerana anda sering mendengar cerita-cerita yang kurang baik dari rakan anda, contohnya tentang kekasihnya sering curang, ataupun pernah di tipu, anda jadi takut untuk menjalinkan cinta kerana takut di tipu. Lain orang lain pengalamannya, jika anda bernasib baik mungkin juga anda akan jumpa dengan seseorang yang benar-benar ikhlas cintakan anda dan setia.
Bukan mudah untuk menjalinkan cinta, memilih itu perlu tetapi jika keterlaluan sehinggakan semua benda pun tidak betul dan tidak menepati cita rasa anda yang tinggi menggunung itu, sampai ke tua pun anda masih akan bersendirian. Manusia tiada yang sempurna dan ada kekhilafannya, manusia diciptakan untuk saling melengkapi.
Walaupun cinta manusia itu penting, tetapi cinta pada yang Maha Esa jauh lebih penting, pastikan hubungan anda dengan ALLAH S.W.T tidak sesekali terputus, jaga hubungan anda dengan ALLAH S.W.T, hubungan sesama manusia juga akan terlindung dari perkara yang tidak diingini.