Kebanyakkan orang akan menganggap lelaki mempunyai pesonaliti yang pemalu ini adalah seorang skema dan tidak cukup jantan. Jika disuruh berjumpa atau berselisih saja dengan perempuan makin berganda-gandalah malunya.
Lelaki yang pemalu akan kerap kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari dan menjadi gugup apabila ada wanita yang mula mendekati mereka.
Khas untuk wanita-wanita diluar sana yang sedang tercari-cari pasangan hidup atau jejaka idaman, anda harus ‘tackle’ lelaki yang pemalu ini sebab mereka banyak kelebihan dan keistimewaannya.
Seorang yang istimewa
Pesonaliti lelaki yang mempunyai sifat pemalu ini adalah orang yang sangat setia.. Itu disebabkan dia jarang untuk menyukai seseorang, pabila dia sudah dilamun cinta. Sudah pasti cintanya akan sampai hingga hujung nyawa.
Sifat bertentangan adalah idaman lelaki pemalu
Lelaki yang sifatnya pemalu akan mencari wanita yang mempunyai sifat yang agak agresif, kerana disebab dia amat tahu wanita sebegini akan lebih memahami dirinya dan tahu bagaimana mahu menceriakan hari-hari suramnya.
Rajin bekerja
Lelaki yang pemalu amat rajin bekerja. Oleh sebab itu, wanita yang berpasangan dengan lelaki pemalu akan senang sebab kerja rumah akan di bereskan oleh dia.
Walaupun diam tetapi berisi
Lelaki pemalu, pasti akan ada satu prinsip hidup yang sangat kental. Jangan mencuba untuk mengubahnya. Dia amat tidak menyukainya. Jadi, layankan sahaja asalkan tidak melanggar batasan agama. Jangan pernah berfikir bahawa si pemalu itu seorang yang lemah.
Kepada sesiapa yang belum mempunyai calon hidup, carilah pasangan yang mempunyai sifat pemalu. Anda akan dapat merasai 4 ciri-ciri di atas.
Sumber: Hanasuva