Perkara biasa apabila bercinta dan putus cinta, tetapi penangan putus cinta ini luar biasa. Ini kerana setelah beberapa tahun menjalinkan cinta akhirnya cinta tidak kesampaian.
Impian yang dibina musnah begitu saja, tapi bagaimana mahu bangkit semula setelah kegagalan dan move on dari bekas kekasih?
1 Jangan buka radio
Kalau dah putus cinta tu, tak payah lah buka radio dulu. Kadang-kadang dengar lagu ni boleh buat stress jugak. Time putus cinta tu la dia putar lagu sedih-sedih.
2 Gambar
Pergi periksa beg duit kau. Masih ada lagi ke tidak gambar dia, kalau ada sila buang. Tak payah nak buat drama tv3 sangat tengok gambar bekas kekasih, lepastu menangis sorang-sorang.
3 Buang je no dia
Kalau masih ada nombor fon dia, kau buang je. Kalau rasa sayang sangat nak buang kau save la nama apa-apa, contohnya “hantu kak limah”
4 Block laman sosial dia
Kalau selama ni kau aktive kat facebook, aku cadangkan kau deactived saja facebook kau. Kalau rasa sayang nak deactived, kau block dia. Jangan pulak lepas block kau ubah status dari “Married” kepada “Devorce” pulak. Tak pasal-pasal nanti kena kecam.
5 Jangan tidur lambat!
Kalau dulu setiap hari kau bersembang dengan dia sampai tengah-tengah malam, sekarang dah sunyi. Tidur awal dan jangan nak belek-belek telefon lagi. Buang masa ingatkan orang yang dah lena tidur, sedangkan kau lebam mata tak boleh tido.
6 Padam semua conversation kau dengan dia
Tamat je hubungan korang tu, terus buang no dia dari senarai no telefon tu. Jangan baca conversation lama kau dengan dia. buang semuanya, jangan nak sakitkan hati sendiri. Kau menangis bukan ada siapa peduli pun.
7 Busykan diri kau dengan macam-macam benda
Kalau kau student, so study la weh study. Kalau kau kerja, lagi la senang kau nak move on dari bekas kekasih. Buat kerja kau, fikirkan tentang hidup kau masa hadapan.
8 Banyakkan masa dengan mak ayah kau
Selalu lah berkomunikasi dengan emak ayah dan juga adik beradik kau, jangan teringatkan orang yang tak ada depan mata kau, buang masa.
9 Jangan layan la weh mana2 buaya yang serupa macam dia
Kalau kau jumpa lelaki atau perempuan yang serupa perangai bekas teman istimewa kau dulu, lebih baik kau jangan layan. Buat tak tahu. Kalau dia ganggu kau, kau menyanyi lagu kaka ” tolong tepi sikit, biar ku jalan dulu, itu bukan hal aku”
10 Tulis diari
Tak payah nak tulis diari meluah perasaan kau yang kecewa tu, makin kau tulis makin kau sedih! Let it go!!
11 Cari kawan yang boleh dipercayai
Nak meluah perasaan sedih dekat kawan rapat tu boleh, cuma pastikan kau luahkan tepat pada orangnya. Jangan nanti kau cerita sedih, dia boleh pulak kata semua yang jadi sebab salah kau. Yang sedih makin sedih. Pastikan seseorang tu boleh tenangkan kau, bukan makin buat kau bertambah sedih dan stress. Hati-hati memilih kawan.
12 Jangan benci dia
Bila kau benci dia, kau akan cari silap dia. Itu bermakna kau sibuk nak fikir pasal dia lagi. Plis lah move on dari bekas kekasih! Jangan seksa hati kau dengan benda tak berfaedah. Masih banyak benda kau boleh fikir selain dari cari keburukkan dia dan canang dekat orang lain. Sakit hati kau dapat, dosa pun kau dapat. Fikir sebelum buat apa-apa keputusan.
13 Cuba lupakan dia
Bukan senang nak lupa, memang susah. Tapi kau usaha la sikit lupakan dia. Cakap nak lupakan, tapi gambar dia kau masih simpan dan dalam inbox penuh conversation lama-lama. Cuba kau cari aktiviti menarik untuk kau buat bersama rakan-rakan atau keluarga. contohnya pergi bercuti, dapat tenangkan fikiran dan perlahan-lahan lupakan dia.
14 GET YOUR LIFE BACK!
kalau dulu kau happy2 je bila dia tak muncul lagi. So happy kan la diri kau balik macam dulu sebelum kau kenal dia. Hidup ini indah beb.
15 Belajar dari kesilapan kau
Jangan diulang lagi semua tu. Buka pintu hati kau tu. Yeah maybe it will take time but at least jangan sampai kau terperangkap dalam kegelapan kau sendiri.
16 Jangan tunggu dia
Aku paling nak sangat kau jangan tunggu dia. Kalau betul dia sayang kau, dia akan pertahankan hubungan korang tu. Bukan biarkan kau terpaksa move on macam tu.
17 Redha
Jangan kau persoalkan semua yang Allah beri. Dia bagi ada sebab dan dia tarik balik pun ada sebab.
18 Jangan menyalahkan takdir
Takdir Allah tu indah. Kita je belum nampak hikmah di sebalik semua tu lagi. Allah s.w.t dah janji. Kau berpisah sekarang, nanti akan hadir yang lebih baik. Jadi kau tunggu je la.
19 Maafkan dia
Sesungguhnya hati kau akan lebih tenang bila kau kata “aku maafkan kau”, walaupun memang bukan mudah nak lupakan apa yang dah dia buat dekat kau. Tapi cuba la, InsyaALLAH
20 Doa la yang baik2
Jangan la kau hina dia ke apa. Kalau kau hina dia, sebenarnya kau sama je macam dia. Kalau dia dah jumpa pasangan baru sekalipun, biarkan saja. Doa yang baik-baik nanti malaikat pun doakan yang baik-baik untuk kita.
21 Banyakkan bersedekah
Amalan tu akan buatkan kau jadi manusia yang lebih baik. Time tu kau akan sedar, banyak lagi manusia yang lebih sedih dari kau. Masalah dorang lagi berat dari masalah cinta kau.
22 Bacalah Al-quran
Dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Cara tu paling berkesan kalau kau nak move on dari bekas kekasih. Ingat akhirat pulak. Banyakkan membaca Al-quran.Insyaallah hati kau akan rasa tenang.
Cinta ada pasang surutnya. hati mesti kuat untuk menerima apa sahaja ujian yang bakal kita hadapi. Jangan ingat hubungan cinta ni bahagia sentiasa, pasti ada gembira dan sedihnya. Seperti ada gula ada garam, begitulah asam garam kehidupan.
Sumber: Malaysiaviralstory.my