Para wanita harus mengetahui beberapa situasi yang perlu untuk difahami demi menjaga hubungan yang baik jika ingin hubungan yang harmoni dan berkekalan. Disini ada 10 contoh situasi yang perlu difahami oleh wanita:
Apabila si dia sedang sibuk, lebih baik jangan meminta macam-macam kerana ianyanya boleh mengundang kemarahan lelaki itu. Kerana boleh menghilangkan fokus lelaki itu dalam kerjanya.
Bila lelaki bersikap ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya semasa sikap begini sedang menguasai dirinya. Hal ini kerana seorang lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya suatu ketegasan.
Jika si dia bersikap romantik. Pada saat ini adalah satu peluang bagi wanita untuk meminta sesuatu seperti bersiar-siar, menonton wayang bersama, makan malam bersama dan memulakan perbincangan perancangan masa depan.
Semasa si dia tengah panas baran. Lebih baik jangan membuat sesuatu yang membuatnya lebih marah sebaliknya haruslah berdiam diri sehingga kemarahannya reda. Selepas reda, bolehlah memujuknya kembali dengan meminta maaf. Lelaki memang senang memaafkan selepas kemarahannya reda.
Bila si dia penat, janganlah mengadu perkara yang bukan-bukan atau bercerita tentang perkara yang remeh. Kerana pada saat ini, fikirannya hanya fokus untuk berehat sahaja dan jangan memaksa si dia melakukan perkara yang menambahkan kepenatannya.
Apabila si dia mementingkan diri sendiri. Pada saat ini, hendaklah berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya dan perlu bersikap terbuka bagi mengimbangi pendapat kamu juga. Dan seharusnya mengamalkan sikap toleransi sesama pasangan.
Jika si dia mengongkong. Apabila kamu memberontak, pasti akan dimarahinya tetapi jika menurutnya pula pasti akan menjejaskan diri sendiri. Bagi menangani situasi ini, kamu perlu berkata kepadanya supaya membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan.
Bila si dia berlaku curang, jangan menuduh dengan tanpa usul periksa tapi jika benar si dia curang, lebih baik bersemuka dengannya dan tanya mengapa si dia bersikap demikian. Tetapi jika si dia tetap dengan keputusannya, lebih baik kamu mengundur diri sebelum semakin parah melukakan hati.
Si dia bersikap selamba. Cuba tarik perhatiannya dengan membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Hal ini kerana orang bersikap selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dahulu. Oleh itu, kamu harus merancang sesuatu bagi menarik minatnya.
Apabila si dia lurus bendul. Sememangnya kamu boleh mengambil kesempatan terhadapnya, tetapi jangan sampai keterlaluan seperti memperlekeh setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang kepada si dia supaya dapat membuat keputusannya sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Sekian adalah 10 situasi yang perlu difahami oleh wanita dan semoga maklumat ini bermanfaat kepada wanita-wanita diluar sana untuk menghadapi sebarang situasi yang mungkin berlaku kepada anda sendiri. Sedikit sebanyak, anda boleh mengawal situasi dengan baik jika anda telah mengetahuinya.
Sumber: Nak Bebel