Tetaplah berhubung

‘Macam Tak Ikhlas Saja Neelofa Nak Layan Tetamu’ – Neelofa Minta Maaf Jika Nampak Berlagak

Hiburan

‘Macam Tak Ikhlas Saja Neelofa Nak Layan Tetamu’ – Neelofa Minta Maaf Jika Nampak Berlagak

Banyak komen-komen bersifat negatif diperkatakann terhadap Neelofa selepas menemubual seorang penyanyi, Upiak Isil yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang.

Ramai mengatakan, cara Neelofa agak kasar dan tidak bersikap profesional melayan tetamu yang seperti tidak setaraf dengan ‘standard’nya.

“Ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat beliau sangat pekat. Saya sendiri terpaksa ulang soalan dan cuba memahami sebaik mungkin.”

Neelofa tampil memohon maaf dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu.

Disebabkan itu juga Neelofa terpaksa mengulang soalan dan mencelah percakapan beliau.

“Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf” jelasnya.

Upiak juga secara spontan, memanggil Neelofa dengan gelaran ‘kakak’ namun dipersoalkan oleh Neelofa. Netizen rata-rata memarahinya secara bergurau kerana memanggil panggilan itu.

Sumber: Berita Harian Online

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hiburan

Ke Atas