Drama slot Megadrama Astro Ria, Mr. Grey telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton-penonton tempatan. Bagaimanapun, drama 14 episod itu telah tamat ditayangkan dan digantikan dengan drama Rahsia Hati Perempuan arahan Michael Ang.
Bagi menjayakan penggambaran drama tersebut selama beberapa minggu, para pelakon telah ‘terbang’ ke Australia.
Salah seorang pelakon tersebut, Fikry Ibrahim telah memuatnaik sekeping gambar berkongsi foto dirinya bersama barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Mira Filzah dan Uqasha Senrose.
Apa yang telah menarik perhatian, imej Uqasha telah diubahsuai di bahagian rambut oleh Fikry bagi menutup aurat aktres yang berusia 26 tahun itu. Dilihat pada bahagian komen pada kemaskini tersebut, pengikutnya rata-rata memberi komen memuji atas kesungguhannya kerana menjaga aurat seorang wanita.
Akhir kata, jarang sekali ada artis yang ambil berat pasal aurat wanita sebelum memuatnaik gambar ke laman media sosial mereka. Jika ada sekalipun, cuma Haqiem Rusli yang mengubahsuai gambar aurat peminatnya!
Komen?