Tetaplah berhubung

Isteri Kepada Gary Running Man Rupanya 10 Tahun Lebih Muda!

Hiburan

Isteri Kepada Gary Running Man Rupanya 10 Tahun Lebih Muda!

Identiti isteri Gary masih menjadi tanda tanya peminat selepas mengumumkan perkahwinannya bersama seorang wanita bukan selebriti pada 5 April tahun lalu. Malah, perkahwinan mereka dilangsungkan secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 November lalu.

Baru-baru ini identiti isteri kepada bekas anggota Running Man, Kang Gary didedahkan sebuah portal di Korea dan menjadi perhatian, apabila portal E Daily mendedahkan usia isteri Gary yang dikatakan lebih muda 10 tahun.

Menurut laporan Soompi, Kim merupakan pekerja di syarikat milik Gary dan pasangan duonya, Gil, Leesang. Kim telah berkhidmat di syarikat tersebut sejak lima tahun lalu dan menurut laporan E Daily wanita itu seorang yang sangat cantik.

Menariknya, tiada sesiapa pun dapat menghidu hubungan cinta mereka termasuk Gil dan rakan sekerja lain.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Hiburan

Ke Atas