Tetaplah berhubung

Tips Melancong Ke Jepun Dengan Bajet Murah

melancong-ke-jepun-dengan-bajet-murah

Travel

Tips Melancong Ke Jepun Dengan Bajet Murah

Gambar: Pinterest

Tips Melancong Ke Jepun Dengan Bajet Murah

Negara Jepun menjadi salah satu destinasi pelancongan impian sebahagian besar rakyat Malaysia. Masalahnya, kos sering menjadi penghalang dan pertimbangan ketika memutuskan untuk melawat sehari ke Jepun.

Selama ini Jepun memang terkenal dengan kemahalannya. Sementara, pelbagai tempat destinasi pelancongan ke Jepun sangat menarik dan membuat kita ingin melancong ke sana. Adakah tidak mustahil melawat sehari ke Jepun dengan kos murah?

Buat perancangan

Yang pertama harus dilakukan adalah melakukan perancangan yang teliti. Tentukan bila mahu melakukan perjalanan pelancongan ke Jepun. Elakkan musim pergantian tahun, musim sakura, dan golden week (hari buruh). Ketika itu pelancong sangat banyak dan automatik harga menjadi lebih mahal dari biasanya.

Cari penerbangan yang murah

Jangan malas membandingkan antara beberapa syarikat penerbangan dan mencari alternatif laluan. Misalnya dari Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, malah Ho Chi Minh. Datang ke travel fair yang sering diadakan, baik oleh syarikat-syarikat tertentu mahupun agensi pelancongan atau kerajaan. Kita cari yang paling murah sesuai dengan perancangan perjalanan kita.

Cari penginapan yang murah

Di Jepun banyak terdapat hostel atau hotel bajet yang lumayan bersih dan selesa. Anda boleh mencari melalui internet yang menawarkan pelbagai banyak pilihan. Pilih sesuai dengan tujuan dan keperluan anda.

Jalan kaki

Sebaiknya, kombinasikan pilihan pengangkutan anda dengan berjalan kaki. Sebahagian besar orang Jepun memilih berjalan kaki untuk membuat perjalanan ke tempat-tempat yang tidak terlalu jauh. Teksi sememangnya mahal, jadikan pilihan pengangkutan yang paling akhir, hanya jika terpaksa.

Pilih makanan murah

Sesekali boleh memilih salah satu restoran ramen atau sukiyaki yang terkenal, tapi selebihnya beli makanan di fast food, seperti Yoshinoya atau Sukiya, dan bento di minimarket atau pasar raya. Rasanya cukup enak, sihat, dan tetap bercitarasa Jepun.

Demikian beberapa tips pelancongan ke Jepun dengan kos murah. Semoga membuat anda tidak ragu-ragu dan lebih bersemangat untuk menentukan destinasi pelancongan ke Jepun.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas