Tetaplah berhubung

Terlebih Eksplotasi – Nasib Gajah di Thailand

Travel

Terlebih Eksplotasi – Nasib Gajah di Thailand

Gambar: Mykeledek

Terlebih Eksplotasi – Nasib Gajah di Thailand


Gajah merupakan daya tarikan utama di Thailand. Namun, kumpulan hak asasi haiwan Thailand menilai gajah terlalu dieksploitasi.

Kenyataan tersebut semakin tegas dilontarkan selepas insiden gajah jantan di sebuah tempat pelancongan mengamuk. Dipetik di Daily Mail.

Tidak hanya mengamuk, gajah jantan tersebut juga menewaskan seorang pawang dan lari ke hutan dengan tiga pelancong berasal dari China di belakangnya.

Ketiga-tiga pelancong berasal dari China berjaya diselamatkan oleh pawang-pawang lain dan gajah jantan juga telah kembali tenang.

Walaupun begitu, kumpulan hak asasi haiwan Thailand tetap mengecam penggunaan gajah adalah tindakan kejam dan membuat mamalia darat terbesar dunia tersebut stres.

Jurukempen dari Wildlife Friends of Thailand, Edwin Wiek telah mendokumentasikan pawang menggunakan teknik kontroversi untuk mengawal gajah. Selain itu, menurutnya gajah bekerja melampaui batas waktu normal.

“Gajah bekerja setiap hari, setiap bulan, dan pada dasarnya 365 hari per tahun. Jika seseorang perlu melakukan perkara yang sama, orang tersebut akan stres. Jika gajah stres, haiwan ini boleh menjadi gila dan kita tidak boleh mengawalnya, “ujarnya.

Selain itu, semakin banyaknya gajah yang dijinakkan untuk tempat-tempat pelancongan, populasi gajah di alam semulajadi Thailand semakin berkurang.

Kini, terdapat sekira 4.000 gajah yang telah dijinakkan di Thailand dan hanya 2.500 di alam semulajadi.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas