Tetaplah berhubung

Taman Terbesar di Dunia di Dubai Miracle Garden

Travel

Taman Terbesar di Dunia di Dubai Miracle Garden

Gambar: miraclegardendubai.net

Taman Terbesar di Dunia di Dubai Miracle Garden


ALIFFCHANNEL.COM, DUBAI: Dubai Miracle Garden adalah tempat bagi pelancong menemui taman bunga terbesar di dunia. Selain itu, taman ini dilengkapi warna dan tekstur bunga yang indah.

Dubai tidak hanya memiliki bangunan tertinggi di dunia, tetapi juga taman terbesar dan terindah. Dubai Miracle Garden memiliki 45 juta bunga yang memiliki bentuk cantik dan unik.

Antaranya, bunga-bunga yang dibentuk menyerupai bentuk hati dan istana. Juga, Dubai Miracle Garden menyediakan taman bunga berwarna-warni di kawasan Dubailand.

Ini termasuk berjuta bungaan dalam bentuk bendera United Arab Emirates, jam bunga, kereta Ferrari dan pemandu. Selain itu, terdapat juga bunga-bunga yang dibentuk menjadi haiwan, perahu dan masjid.

Ketika ini, ada 45 spesies bunga di Dubai Miracle Garden yang diimport dari seluruh dunia, di antaranya adalah dari Mesir dan Amerika Syarikat. Taman yang dibuka pada hari Valentine tahun 2013 ini telah menjadi daya tarikan pelancong.

Sistem pengairan taman ini sangat canggih. Sistem pengairan Dubai Miracle Garden mengitar semula air sehingga menjimatkan penggunaan air sebanyak 75% air dan tenaga.

Semua daya tarik itu tidak akan lengkap tanpa fasiliti tempat parkir terbuka, parkir VIP, kawasan tempat duduk, tempat ibadah, tandas, kiosk komersial dan kedai, demikian seperti dipetik dari Dailymail, Ahad (20/06/2015).

(nip)

 

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Ke Atas