Tetaplah berhubung

Tahun Baru Cina, Perayaan Terbesar di Dunia

Travel

Tahun Baru Cina, Perayaan Terbesar di Dunia

Gambar: History

Tahun Baru Cina, Perayaan Terbesar di Dunia


Perayaan tahun baru China menjadi salah satu perayaan terbesar di dunia. Tetapi, tahukah anda fakta di sebalik Tahun Baru Cina?

Berikut fakta menarik mengenai Tahun Baru Cina yang dipetik dari History.

Tahun Baru Cina bertepatan dengan musim bunga

Perayaan Tahun Baru Cina di dunia bertepatan dengan peralihan dari musim sejuk ke musim bunga. Dalam tempoh waktu ini warga China mempersiapkan perayaan Tahun Baru Cina dengan membeli pakaian baru dan menggantungkan kertas yang berisi dengan harapan-harapan akan kebahagiaan dan kekayaan. Ini juga disebut sebagai musim bunga pembersihan yang diyakini akan menjauhkan diri dari nasib buruk.

Tahun Baru Cina dirayakan selama 15 hari

Di China, perayaan Tahun Baru Cina dilakukan selama 15 hari. Pada hari Tahun Baru Cina, mereka akan berkumpul bersama keluarga. Kemudian mereka akan berehat selama 15 hari dalam bulan pertama kalendar Lunar China. Pada puncak perayaan, mereka akan mengikuti Festival Lampion yang digantung di depan rumah.

Ledakan kelahiran terjadi di tahun Naga

Tahun Naga dianggap sebagai tahun yang paling bagus. Sebab mereka percaya bahawa Naga memiliki sifat berhubungan dengan kekuasaan, kebijaksanaan dan karisma. Ramai orang menginginkan anak mereka lahir pada tahun Naga. Di beberapa negara seperti China, Taiwan dan Hong Kong, angka kelahiran naik sekira 5%.

Perayaan Tahun Baru Cina pernah ditekan

Parti Komunis China pernah mencuba menekan perayaan tahun baru ini. Mereka mencuba menjauhkan kegiatan-kegiatan bersifat keagamaan dan tahyul. Selama revolusi kebudayaan, parti komunis menindak tegas pertunjukan tarian singa dan naga. Namun, sejak tahun 1996, setelah kematian pemimpin Parti Komunis,Tahun Baru Cina diteruskan.

Musim percutian terbesar di dunia

Tahun Baru Cina juga menjadi musim percutian terbesar di dunia. Dalam tempoh Tahun Baru Cina, pelancong warga asing yang berkunjung ke China akan lebih besar sehingga menjadikan tempat pelancongan menjadi sangat padat. Dalam tempoh 6 minggu Tahun Baru Cina, kira-kira 3.2 juta pelancong warga asing datang ke China.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas