Tetaplah berhubung

Suami Isteri Berjaya Buat Hutan Buatan Di India

Travel

Suami Isteri Berjaya Buat Hutan Buatan Di India

Foto: Pamela Gale Malhotra/SAI Sanctuary Trust

Suami Isteri Berjaya Buat Hutan Buatan Di India


Suami isteri ini telah mendedikasikan hidup selama 26 tahun untuk mencipta hutan buatan dan mengembalikan habitat haiwan di hutan.

Orang tersebut adalah Pamela, dan Dr. Anil Malhotra yang membeli 55 hektar tanah persendirian di India Tenggara pada tahun 1991.

Perjuangan menghidupkan semula hutan selama puluhan tahun rupanya memberikan hasil, kini yang dahulunya sebuah tanah kosong dan tandus menjadi sebuah habitat gajah dengan hutan berwarna hijau. Tanah pun meluas sehingga 300 hektar.

Penanaman ini berawal ketika Pamela ingin merelokasikan kehidupan liar di India. Dan mempunyai hutan peribadi, serta terlindung merupakan sebuah impian yang selama ini dinantikan.

Bertahun-tahun keduanya mengumpulkan tenaga dan masa untuk mengembalikan kehidupan liar yang semakin pupus.

Kini, hutan sudah dipenuhi dengan kekayaan tumbuhan dan pokok-pokok, malah ada beberapa di antaranya mempunyai manfaat untuk kesihatan. Sementara haiwan yang boleh didapati adalah Macan Tutul, Kucing Civet, Ular Kobra India, Harimau Bengal, dan Gajah Asia.

Tiada yang pernah menyangka jika hutan tersebut dulunya adalah bekas ladang padi dan ladang kopi. Dua dekad kemudian hutan hijau sudah boleh kelihatan cantik.

Sumber: Daily Mail

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Ke Atas