Tetaplah berhubung

Seni Jalanan Yang Romantik Ganti Tembok Cinta di Paris

Travel

Seni Jalanan Yang Romantik Ganti Tembok Cinta di Paris

Gambar: Google

Seni Jalanan Yang Romantik Ganti Tembok Cinta di Paris


Papan seni jalanan dipasang di Pont des Arts, Paris menggantikan ratusan ribu “tembok cinta” yang membebankan pagar jambatan tersebut sebelum dibuang Majlis Perbandaran bandar lalu.

Pameran sementara ini bertemakan cinta dan dikumpulkan oleh pemilik galeri Paris, Mehdi Ben Cheikh. Pameran ini bertujuan untuk menutup pagar dan menyediakan hiburan alternatif bagi pasangan romantis walaupun tidak boleh lagi mengabadikan cinta mereka dengan meletakkan mangga cinta dan membuang kunci ke Sungai Seine

Di antara karya-karya tersebut ada salah satu karya dari seorang seniman jalanan Perancis berdarah Tunisia, eL Seed yang cukup menarik perhatian kerana menggunakan kaligrafi Arab dan graffiti yang disebut dengan “calligrafitti.”

Hasil karyanya, yang menggunakan huruf Arab berwarna pink, adalah sebuah quote atau petikan dari “Le Pere Goriot” yang ditulis oleh Honore de Balzac pada abad ke-19: “Paris adalah sebuah: Anda boleh mengira tapi tidak akan tahun seberapa dalamnya. ”

“Saya fikir karyanya sangat berani… meletakan kalimat berbahasa Arab di Paris,” kata Cheikh. “Bahasa Arab bukan hanya bahasa pengganas, tetapi bahasa yang digunakan orang di seluruh dunia… orang yang terbuka, dengan dimensi spiritual dalam agama mereka.”

eL Seed, lahir di sebuah bandar di pinggir bandar Paris dan lahir dari ibubapa yang berbangsa Tunisia, dan dikenali kerana merekabentuk sebuah menara azan dengan ketinggian 47 meter di masjid Jara yang terletak di bandar Gabes, sebelah selatan Tunisia. Di samping papan karyanya juga ada karya-karya bertemakan cinta milik seniman jalanan Brusk, Pantonio, dan Jace.

Para pekerja telah memulakan tugas membuang tembok-tembok tersebut minggu lalu selepas salah satu bahagian pagar besi tersebut roboh kerana tidak mampu lagi menanggung beban yang sangat berat. Panel graffiti tersebut akan digantikan dengan plexiglass pada akhir tahun ini.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Ke Atas