Tetaplah berhubung

Sebab Ibu Hamil Tidak Dibenarkan Menaiki Kapal Terbang

sebab-ibu-hamil-tidak-dibenarkan-menaiki-kapal-terbang

Travel

Sebab Ibu Hamil Tidak Dibenarkan Menaiki Kapal Terbang

Gambar: Google

Sebab Ibu Hamil Tidak Dibenarkan Menaiki Kapal Terbang

Wanita yang sarat mengandung adalah dilarang untuk melakukan perjalanan dengan kapal terbang bukan kerana alasan peraturan penerbangan.

Menurut doktor, melakukan perjalanan panjang dengan pesawat semasa sarat hamil boleh mencetuskan kontraksi. Dipetik dari laman Zliving.

Perjalanan udara boleh mengurangkan oksigen yang diperlukan ibu dan janin. Ini boleh menyebabkan penguncupan, yang akan menyebabkan kelahiran tak diingini di dalam kapal terbang.

Disebabkan kerana udara oksigen sedikit, kita atau ibu hamil perlu tenaga lebih untuk mendapatkan oksigen ketika berada di dalam kapal terbang. Ketika oksigen berkurang yang ditakuti adalah hipoksia yang mengganggu badan bila terjadi dalam waktu lama, misalnya dalam penerbangan jauh.

Kesan yang tidak dijangka tersebut memang mengancam ibu hamil yang memaksakan diri untuk melakukan perjalanan jauh. Oleh itu, untuk penerbangan dengan jam terbang lebih daripada empat jam. Ibu hamil dengan usia kandungan 32 bulan dan lebih dilarang untuk melakukan perjalanan.

Peraturan ICAO (International Civil Aviation Organization) melarang ibu hamil dengan usia kandungan lebih daripada 32 minggu untuk mengikuti penerbangan lebih daripada empat jam. Tapi secara umum, semua penerbangan baik penerbangan singkat mahupun penerbangan jauh akan melarang ibu dengan kehamilan lebih dari 34 minggu dalam penerbangan.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas