Tetaplah berhubung

Pulau Socotra Yang Indah Namun Penuh Misteri

Travel

Pulau Socotra Yang Indah Namun Penuh Misteri

Foto: Instagram/@rodwaddingtonphoto

Pulau Socotra Yang Indah Namun Penuh Misteri


Tidak ramai yang tahu mengenai pulau yang terdapat di Yaman ini. Socotra begitu asing kedengaran di telinga, namun jika sudah mengetahuinya, anda akan semakin ingin tahu dibuatnya.

Socotra atau Suquthra merupakan kepulauan kecil yang menyimpan keindahan yang penuh misteri. Kepulauan ini letaknya terpencil, satu pertiga floranya khas dan hanya ditemui di sini saja.

Anda akan tercengang apabila mendapati beberapa jenis tanaman yang belum pernah ditemui sebelum ini. Keunikan lain yang dimiliki Pulau Socotra ialah pasir putihnya yang lembut dan masih sangat bersih, kerana jarang dijejaki dan dijamah oleh pelancong.

Pantainya sangat sepi dan sunyi. Hanya suara ombak yang terdengar oleh telinga ketika anda berada di sini. Di pulau yang telah menjadi Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO ini, mempunyai cerita misteri yang diyakini oleh penduduk setempat.

Para saintis pernah menemui sejenis makhluk yang berasal dari masa lampau dan Pulau Socotra sama sekali tidak pernah terpengaruh oleh gerakan geologi.

Flying in the sky of #socotraisland

A post shared by اليمن فيديو Yemen Video (@yemen_video) on

Bagi pelancong yang telah mengunjungi pulau ini, berkata Socotra adalah dunia yang hilang. Letaknya yang terpencil dan bersesuailah gelaran itu. Socotra terletak di 250 km dari Somalia dan 340 km dari Yaman.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas