Tetaplah berhubung

Peraturan Yang Perlu Diketahui Oleh Penumpang Kapal Terbang

Travel

Peraturan Yang Perlu Diketahui Oleh Penumpang Kapal Terbang

Foto: Google

Peraturan Yang Perlu Diketahui Oleh Penumpang Kapal Terbang


Ketika naik kapal terbang, wujud peraturan tidak tertulis yang harus dilakukan oleh penumpang. Tujuannya menjaga keselesaan diri sendiri mahupun para penumpang yang lain.

Kadang-kadang, beberapa penumpang lain tidak mengetahui peraturan ini. Berikut peraturan tidak tertulis yang perlu diketahui oleh setiap penumpang kapal terbang seperti dipetik dari Totaltravel, Khamis (12/2/2015).

Membantu penumpang lain mengangkat beg

Selalunya, wanita rajin membawa beg yang terlalu besar, sehingga sukar untuk mengangkat dan menempatkannya di kawasan kabin penyimpanan barang. Dalam situasi ini, bukannya hanya duduk dan menonton wanita tersebut berjuang, tetapi membantunya dengan penuh ramah.

Periksa kerusi penumpang di belakang sebelum tidur

Ketika waktu hendak tidur, hampir semua penumpang akan membaringkan kerusi mereka. Memang akan membuat kita lebih rileks, tetapi periksa dulu keadaan penumpang di belakang. Berkemungkinan penumpang di belakang kerusi masih menggunakan laptop atau sedang makan menggunakan meja lipat.

Sandaran tangan

Bila duduk di kerusi penumpang baris tiga siapa yang mendapatkan sandaran tangan? Orang yang duduk di dekat lorong kabin mudah keluar ke lorong kabin, sedangkan orang yang duduk berdekatan tingkap mendapat pemandangan yang terbaik, jadi orang yang duduk di kerusi tengah berhak mendapatkan dua lengan kerusi untuk bersandar.

Membiarkan penumpang di baris depan turun terlebih dahulu

Sangatlah aneh, apabila penumpang mampu bersabar menunggu berjam-jam jadual penerbangan, namun begitu gelisah menunggu tidak kurang dari 10 minit ketika hendak turun. Izinkan penumpang yang duduk di baris depan untuk turun terlebih dahulu agar semua berjalan dengan mudah.

Jangan bawa beg terlalu besar

Membawa beg terlalu besar ke dalam kapal terbang akan menyebabkan kepayahan penumpang lain dan pramugari. Jika sebelum meminta untuk mengangkat beg ke kabin kapal terbang. Ketika mendarat, menurunkan beg terlalu besar dari kabin barang akan memerlukan waktu yang lama, sehingga penumpang lain harus menunggu. Jika tidak mampu mengangkatnya, cubalah membawa beg yang tidak terlalu besar.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas