Tetaplah berhubung

Pentingnya Menyumbat Telinga Di Konsert

Travel

Pentingnya Menyumbat Telinga Di Konsert

Foto: Solnahallen

Pentingnya Menyumbat Telinga Di Konsert


Pada kesempatan anda menonton kugiran kegemaran anda, mungkin anda perlu menyediakan penyumbat telinga. Kedengaran remeh, tapi kajian baru mengatakan ini dapat mencegah kehilangan pendengaran secara sementara akibat pendedahan bunyi yang kuat.

Penyelidik mengkaji 51 orang yang menghadiri festival muzik dan meminta setengah dari mereka untuk memakai penyumbat telinga.

Apabila ujian pendengaran, selepas persembahan selama empat setengah jam, hanya lapan peratus kumpulan dengan penyumbat telinga yang mengalami penurunan kemampuan mendengar. Ini lebih rendah berbanding 42 peratus pada kumpulan yang tak terlindung dan 12 peratus di antaranya yang mengeluhkan telinga berdengung.

Kerosakan sementara yang berulang seperti yang terjadi pada pertunjukkan secara langsung boleh menyebabkan kerosakan pendengaran yang kekal.

Dengan pendedahan yang berterusan, suara yang lebih besar daripada 85 desibel memang boleh menyebabkan kehilangan keupayaan mendengar. Sementara pengunjung konsert biasanya terdedah kepada bunyi berkekuatan 100 hingga 110 desibel.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas