Tetaplah berhubung

Kereta Api Di Jepun Berhenti Disebabkan Ular

Travel

Kereta Api Di Jepun Berhenti Disebabkan Ular


KERETA API di Jepun terpaksa memberhentikan salah satu kereta api milik mereka, selepas penemuan ular sawa di salah satu kerusi penumpang.

Kejadian ini dialami oleh salah seorang penumpang yang tanpa sedar, sedang duduk di sebelah haiwan itu.

Dimuat di Travelandleisure, selama kurang lebih satu jam, penumpang yang tidak mahu disebut namanya itu, tidak menyedari bahawa ular tersebut telah melilit tangannya.

Dia tersedar selepas penumpang lain mula menjerit melihat kejadian itu.

Beberapa penumpang segera melapor kepada konduktor yang bertugas.

Selang berapa lama kemudian, kereta api peluru itu melakukan pemberhentian kecemasan di Stesen Hamamatsu.

Petugas sekuriti stesen dengan pantas berjaya mengeluarkan ular tersebut dalam masa kurang daripada satu minit.

Memandangkan ular jenis ini tidak mempunyai racun yang membahayakan nyawa, pihak kereta api mengesahkan tiada korban yang luka dan cedera.

Salah seorang staf kemudian membuat sebuah pengumuman melalui pembesar suara. Menanyakan adakah ada penumpang yang kehilangan ular peliharaannya.

Namun sehingga beberapa ketika kemudian, tiada seorang pun penumpang yang mahu ke tampil ke depan membuat pengakuan.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Trending

Ke Atas