Tetaplah berhubung

Cerita Seram Yang Selalu Muncul Pada Bulan Oktober

Travel

Cerita Seram Yang Selalu Muncul Pada Bulan Oktober


CERITA menyeramkan kerap muncul pada bulan Oktober. Apalagi jika bukan kerana perayaan Halloween yang akan disambut pada akhir bulan.

Beberapa cerita seram menambah suasana misteri dalam perayaan ini. Mulai dari cerita pembunuhan hingga kostum yang menyeramkan.

Berikut tiga cerita seram yang sering muncul ketika menyambut perayaan Halloween dipetik dari lovetoknow.

Hook

Cerita ini sudah sangat popular di kalangan para remaja yang meraikan Halloween. Dalam satu versi, kisah Hook ini terjadi apabila sepasang remaja parkir di jalanan yang gelap setelah meninggalkan parti Halloween. Laporan dari radio menyebutkan bahawa si perempuan terbunuh berdekatan dengan kereta. Saksi lain mengatakan, ternampak seorang lelaki aneh dengan hook (alat kait) di tangan melarikan diri dari tempat kejadian. Tepat pada ketika itu, remaja lain mendengar suara garukan di luar kereta. Setelah sampai di rumah teman wanitanya, lelaki itu terjumpa alat kait dengan hujung tirus di pegangan pintu penumpang.

Spider wig

Cerita urban ini mengisahkan tentang seorang perempuan muda yang pergi ke loteng neneknya untuk mencari kostum lama. Dia memilih pakaian wig, lalu pergi ke pesta Halloween menggunakan pakaian yang telah dipilih. Setelah sampai ke parti, tidak lama kemudian perempuan lain menunjuk kepalanya sambil berteriak. Ternyata rambut palsu yang dipakai telah dipenuhi dengan labah-labah. Kemudian perlahan labah-labah tersebut merayap ke kepala perempuan muda tersebut.

Suicide dummy

Seseorang yang bunuh diri juga menjadi cerita urban yang menyeramkan di tengah Halloween. Sebabnya, mangsa yang menggantungkan diri kerap disangka sebahagian daripada hiasan kerana bentuknya menyerupai boneka yang digantung. Cerita ini membuat banyak remaja ketakutan.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Travel

Ke Atas