Tetaplah berhubung

7 Barang Tidak Perlu Dibawa Ketika Melancong

Foto: Shutter Muse

Travel

7 Barang Tidak Perlu Dibawa Ketika Melancong

Biasanya ketika packing untuk bercuti, kita menjadi bingung barang apa yang dimasukkan ke dalam bagasi. Kerana tidak semua barang perlu dibawa.

Memilih dengan cermat barang apa yang dimasukkan ke bagasi tentunya membantu mengurangkan beban berat. Berikut barang-barang yang tidak perlu dimasukkan ke bagasi perjalanan seperti dipetik dari Stuff.

Tuala

Tuala besar memakan banyak ruang dalam bagasi dan sia-sia, cukuplah hanya membawa tuala berukuran kecil. Sementara, jika menginap di hotel atau penginapan, tidak perlu membawa tuala kerana sudah disediakan.

Kelengkapan mandi

Membawa kelengkapan mandi dalam jumlah kecil dan sesuai dengan keperluan. Misalnya, membeli shampu dan kondisioner botol kecil, begitu juga pelembab dan krim pelindung UV. Membawa kelengkapan botol kecil, bagasi menjadi lebih ringan.

Lebih dari tiga pasang kasut

Bawa kasut sesuai keperluan dan tujuan, kerana membawa dalam jumlah banyak hanya memberatkan lagi bagasi. Usahakan tidak membawa lebih dari tiga kasut dalam bagasi.

Pengering rambut

Pengering rambut merupakan barang yang tidak perlu dibawa ketika bercuti. Bila menginap di hotel atau penginapan biasanya pengering rambut disediakan.

Tidak membawa gajet lebih dari satu

Bawalah smartphone sebagai teman terbaik ketika perjalanan untuk peta, perhubungan dan kamera. Namun, satu gajet ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan anda. Jangan sampai terlalu sibuk bermain gajet, kerana hilang keseronokan bercuti.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas