Tetaplah berhubung

5 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Bercuti ke Jepun

Foto: Youtube

Travel

5 Perkara Yang Anda Perlu Ketahui Sebelum Bercuti ke Jepun

Jepun merupakan salah satu negara yang memiliki keindahan alam, budaya dan tradisi yang unik. Sememangnya pelancong yang tertarik untuk berkunjung ke sana.

Namun, sebelum menjejakan kaki ke Jepun, sebaiknya anda perlu mengetahui budaya dan tradisi di negara matahari terbit tersebut.

Berikut adalah beberapa perkara yang wajib diketahui sebelum pergi ke Jepun dipetik dari Fodors.

Layanan Tidak Menerima Tip Wang

Di Jepun, tidak perlu untuk memberi tip kepada pelayan restoran, bar, pemandu teksi mahupun pekerja salon. Mereka diberi gaji yang cukup dengan pekerjaan mereka, sehingga tidak perlu untuk memberi sebarang tip. Simpanlah wang anda untuk keperluan yang lain.

Membuka Kasut

Ini telah menjadi adat budaya di beberapa negara Asia. Jika memasuki ruang berkarpet atau tempat-tempat tertentu seperti rumah seseorang dan restoran, haruslah membuka kasut untuk menghormati adat mereka. Sebaiknya, keraplah menggunakan stokin yang bagus dan bersih.

Jangan Berkongsi Makanan Dengan Chopsticks

Jangan berkongsi makanan dengan chopstick ke chopsticks. Anda juga dilarang membantu orang lain yang mengalami kesukaran menggunakan chopsticks untuk mengambil makanan dengan chopsticks anda. Sebabnya, tradisi yang dilakukan semasa upacara kematian di Jepun. Tentunya, mereka tidak ingin teringat akan upacara kematian ketika sedang berada di meja makan.

Bijaklah Menggunakan Tandas Awam

Tandas Awam di Jepun tidaklah seperti apa yang diharapkan. Kadang-kadang, anda akan menjumpai tandas jenis tandas cangkung, malah ada yang hanya berupa lubang pada lantai. Jika anda terpaksa pergi ke tandas jenis ini, sebaiknya siapkanlah tisu sendiri. Kerana tisu di tandas awam nampak menakutkan.

Pelajari Bahasa Tangan

Jika tidak pandai bertutur dalam bahasa Jepun, ketahui beberapa gerakan tangan khas Jepun untuk menyampaikan sesuatu. Ketika seseorang menunjuk hidungnya, ertinya dia sedang menunjuk diri sendiri. Jika ingin melintasi tempat yang padat dengan orang, gunakan tumit telapak tangan dengan posisi menekan ke dada membentuk sirip ikan yu. Jika ingin menyampaikan bahawa sudah cukup menerima layanan mahupun jasa, Anda hanya perlu melambaikan tangan di depan hidung seolah ingin mengusir bau.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas