Tetaplah berhubung

Resepi Nasi Paprik

Kulinari

Resepi Nasi Paprik

Resepi Nasi Paprik


Bahan-bahan:

½ ekor ayam – dipotong kecil2
4 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 labu bawang besar – dimayang
2 batang serai – dititik
2 biji buah tomato – dipotong 4
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi) – ditumbuk
2 biji limau kasturi – diambil jusnya
5 helai daun limau purut – carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis dan bahan-bahan perasa

Cara-cara:

1) Panaskan kuali. Gorengkan ayam (jangan terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Selamat mencuba!

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Kulinari

Trending

Ke Atas