Tetaplah berhubung

Rekod Terbaru Keju Seberat 691 Kg Terbesar di Dunia

Kulinari

Rekod Terbaru Keju Seberat 691 Kg Terbesar di Dunia

Rekod Terbaru Keju Seberat 691 Kg Terbesar di Dunia


Rekod terbaru untuk keju terbesar di dunia telah dipecahkan. Salah satu restoran makanan segera, The Melt dan pemahat patung Troy Landwehr telah membuat patung keju raksasa berbentuk burger dengan berat 691 kg.

Patung keju gergasi yang diperbuat daripada keju cheddar ini dirasmikan untuk merayakan hari Cheeseburger Kebangsaan, Jumaat lalu di Amerika Syarikat. The Melt menyatakan, Landwehr memerlukan waktu kira-kira 30 jam untuk mengukir satu tan keju Wisconsin Cheddar.

Setelah diukur, dikhabarkan keju ini mempunyai tinggi 114 cm dengan diameter 56,52 cm. Dengan demikian keju ini berjaya mengalahkan rekod yang sebelumnya yang dikhabarkan hanya seberat 271 kg.

“The Melt menambah keju ke menunya pada bulan November 2014 lepas, dan menu keju ini menjadi item menu yang paling popular,” kata Kerri Martin, Marketing The Melt

“Rekod yang dipecah ini juga bagi memperingati satu tahun pengenalan burger dalam menu kami. Kami ingin melihat senyuman dari pelanggan dengan pemecahan rekod ini. Kami gembira hal ini telah berjaya dilakukan, “katanya. Demikian dipetik dari Thedailymeal.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kulinari

Ke Atas