Tetaplah berhubung

Penyebab Penyakit Kuning, Elakkan Makanan Ini

penyebab-penyakit-kuning

Kulinari

Penyebab Penyakit Kuning, Elakkan Makanan Ini

Penyebab Penyakit Kuning, Elakkan Makanan Ini

Pemakanan harus diawasi oleh penghidap penyakit kuning. Salah satunya daging merah, yang banyak mengandung lemak dan dikhuatiri akan menyumbat organ pencernaan.

Bukan sekadar itu, ada lima jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit penyakit kuning ini. Berikut dipetik di Boldsky.

Daging merah

Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi, sehingga sukar dicerna dalam masa sehari. Bagi penghidap penyakit kuning, daging merah harus dielakkan kerana dikhuatiri boleh menyumbat sistem pencernaan dan organ hati.

Kacang

Kekacang juga mengandungi jumlah protein tinggi dan lemak. Elakkan makanan yang mengandungi jumlah protein tinggi selama mengalami penyakit kuning.

Telur

Telur mengandungi jumlah protein tinggi dan lemak yang sukar untuk dicerna. Kerana organ hati memainkan peranan penting dalam metabolisma, makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur harus dielakkan.

Garam

Bahan makanan yang pantang sekali dimakan oleh penghidap penyakit kuning adalah garam. Bahan tersebut sepanjang waktu boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel hati. Bila sering menambah garam ke dalam masakan, ini akan melambatkan proses penyembuhan dari penyakit kuning.

Mentega

Terlalu banyak mentega dan marjerin juga memberi kesan tidak baik untuk kesihatan penghidap penyakit kuning. Kerana kedua-duanya mengandungi sumber lemak tepu yang seharusnya dielakkan selama tempoh pemulihan.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas