Tetaplah berhubung

Buah-buahan Tempatan Yang Dianggap Pelik Oleh Pelancong Barat

Kulinari

Buah-buahan Tempatan Yang Dianggap Pelik Oleh Pelancong Barat


Malaysia yang terletak zon tropika menjadikan negara kita kaya dengan pelbagai aneka buah-buahan unik. Sebagai contoh seperti manggis, mangga, pinang, dan sebagainya.

Walaupun demikian, buah-buahan tempatan ini masih dianggap “pelik” oleh masyarakat Barat. Empat buah-buahan popular di antaranya adalah:

Foto: Pacify Mind

Foto: Pacify Mind

 

Rambutan

Rasa buah kegemaran di Malaysia ini disebut hampir sama dengan rasa laici. Untuk membezakannya, seorang penulis blog, Kimlai Yingling, menyatakan, “Isi buah rambutan lebih besar dengan biji di bahagian tengah. Rasanya creamy manis dan sangat menyegarkan”. Majoriti pendatang menyukai rambutan yang rasanya enak, penuh dengan vitamin C, zat besi, dan kalsium.

Foto: Hamil

Foto: Hamil

 

Salak

Buah yang sudah biasa disebut oleh masyarakat di Malaysia ini disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai snakeskin fruit (buah kulit ular- hahaha!). Review dari The Toptenz menyatakan buah ini seperti “bawang putih dari luar angkasa”. Namun dari segi rasa, salak digambarkan sebagai buah yang rasanya agak mirip dengan nanas tapi sedikit asam. Salak juga diakui mampu meringankan masalah penglihatan dan pencernaan.

Foto: Huffington Post

Foto: Huffington Post

 

Durian

Buah yang paling sering menimbulkan kontroversi di dunia Barat. Ada pelancong yang menyukainya, namun sebagian besar membenci aroma bau yang kuat. Review dari orang Barat menyatakan aroma durian ini seperti “bau kaki” dengan rupa isi buah yang melekit. Untuk membuka buah durian pun sudah cukup mecabar.

Foto: Google

Foto: Google

 

Buah Naga

Buah ini berasal dari Mexico. Namun disebabkan kemasyhuran buah ini sehinggalah tersebar ke Malaysia dan kini banyak ditanam di sini. Review Barat menyatakan rasanya seperti buah kiwi tapi berwarna putih ataupun seperti rasa buah tembikai. Buah ini dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kanser.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kulinari

Ke Atas