Tetaplah berhubung

Wanita Amal Diet Ketat Lebih Mudah Diserang Osteoporosis

osteoporosis

Kesihatan

Wanita Amal Diet Ketat Lebih Mudah Diserang Osteoporosis

Gambar: Sydneyspineinstitute.com.au

Wanita Amal Diet Ketat Lebih Mudah Diserang Osteoporosis

Umumnya wanita kerap melakukan pelbagai jenis diet, salah satunya diet ketat, untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun, tahukah anda bahawa wanita dengan diet ketat lebih terdedah diserang osteoporosis?

Osteoporosis secara umum merupakan ancaman pasti bagi seluruh wanita dan ramai juga wanita yang mengamal diet secara ketat dan tidak terarah.

Ini berkait dengan jumlah dan jenis pengambilan makanan yang masuk ke dalam tubuh. Mengamal diet ketat yang tidak terarah atau masalah perilaku makan, seperti anoreksia, jumlah pengambilan makanan pun menjadi terhad.

Selain itu, jumlah kalori yang memang dihadkan ketika melakukan diet juga berkaitan dengan jenis nutrisi yang masuk ke dalam tubuh. Ketika melakukan diet ketat, pengambilan yang mengandungi protein dan kalsium yang penting untuk pertumbuhan tulang menjadi berkurang sehingga keperluan tubuh, terutama tulang, terhadap pengambilan protein dan kalsium menjadi tidak mencukupi.

Di samping itu, gangguan tingkah laku makan boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang dapat menyebabkan gangguan haid. Lebih-lebih lagi, gangguan hormon juga boleh membuat tulang menjadi lebih mudah reput.

Oleh itu, diet tidak boleh dilakukan secara sembarangan, dan gangguan perilaku makan juga perlu segera diatasi guna mencegah terjadinya perkara yang tidak diingini.

Ketika diet, wanita hendaklah memberi perhatian kepada corak pengambilan makanan agar dapat disesuaikan dengan saranan untuk menjaga tulang tetap sihat.
Pola pengambilan makanan yang perlu diperhatikan, antara lain:

• Penggunaan whole-grain food, seperti nasi dan kekacang untuk mineral, vitamin dan serat.

• Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

• Pengambilan ikan, iaitu 2 hidangan setiap minggu sebagai pengambilan vitamin D.

• Kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan gula. Kandungan 5 gram lemak atau lebih dalam 100 gram makanan, dan 10 gram gula atau lebih dalam 100 gram makanan dapat digolongkan sebagai kadar yang tinggi.

• Kurangkan makanan yang mengandungi garam. Kandungan garam 0.5 g dalam 100 gram makanan dapat digolongkan sebagai kadar yang tinggi.

• Usahakan untuk selalu makan sarapan.

Dengan memberi perhatian kepada pengambilan yang tepat, kesihatan tubuh dapat dipelihara sehingga anda terhindar dari masalah-masalah kesihatan yang kelak akan menyusahkan diri anda sendiri di masa depan.

(nip)

Klik Untuk Komen
Ke Atas