Tetaplah berhubung

7 Sebab Harus Berhenti Merokok

Kesihatan

7 Sebab Harus Berhenti Merokok


“Aku nak pasangan yang tak merokok. Aku tak nak hidup susah gara-gara pasangan yang merokok. Aku tak mahu jatuh sakit gara-gara pasangan seorang perokok”. Pernah dengar?

Berikut adalah sebab kenapa  anda harus berhenti merokok :

Aroma Tubuh

Cuba cium aroma tubuh anda sendiri. Mungkin anda tak lagi memperhatikannya kerana terbiasa hidup dengan aroma rokok itu. Tapi bagaimana dengan orang baru yang mencuba masuk dalam kehidupan anda? Segala sesuatu yang ada di sekitar anda akan berbau rokok. Rambut, baju, kulit, kereta juga rumah dipenuhi aroma rokok.

Wajah

Merokok mampu membuat wajah berkedut, Terutama di sekitar mulut. Kedutan yang dialami lelaki atau wanita rata-rata akibat dari merokok.

Gigi Kuning dan Bau Mulut

Berciuman dengan seorang perokok sama sahaja dengan mencium abu rokok. Rokok menyebabkan gigi berwarna coklat dan kuning-kuning. Bukan hanya itu saja, bakteria yang terperangkap di mulut dapat menyebabkan bau tak sedap. Hal itu tentu saja membuat anda sama sekali tak terlihat menarik.

Jari Menguning

Satu pertanyaan? Adakah anda rela, apabila rambut menawan anda dibelai-belai oleh seorang lelaki yang jemarinya berwarna kuning kerana terlalu sering memegang rokok dan juga berbau? Hiii… 😛

Hubungan Keintiman

Hal ini adalah sangat jelas. Rokok menyebabkan proses ereksi tidak maksima. Selain kesihatan turut terganggu, kehidupan senggama juga menjadi risiko (mati pucuk) jika ketagih dengan tembakau.

Stres

Orang yang stres dan mengalami tekanan perasaan biasanya akan lebih banyak merokok. Padahal sebenarnya rokok sama sekali tidak membuat tekanan perasaan hilang. Malah, rokok sebenarnya meningkatkan lagi perasaan khuatir dan panik. Ketika anda tidak mempunyai masalah sekalipun, ketika merokok, orang lain akan melihat anda seperti tengah stres dan mengalami masalah besar.

Peredaran Sistem Tubuh Terjejas

Orang yang biasa merokok ratanya mempunyaitangan dan kaki yang selalu sejuk. Hal ini terjadi akibat peredaran oksigen yang masuk ke dalam tubuh tidak tepat. Kerana oksigen masuk ke dalam sistem tubuh bercampur pula dengan udara kotor dari asap rokok. Ini juga dapat memicu timbulnya masalah penyakit strok.

Bijaklah dalam memilih pasangan, dan pasangan yang bijak salah satunya adalah yang tidak merokok! Pilih rokok atau untuk lebih lama lagi membujang tanpa ada pasangan? Terserah kepada anda.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas