Tetaplah berhubung

Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Berpeluh di Rumah

Kesihatan

Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Berpeluh di Rumah

Gambar: Pinterest

Tips Turunkan Berat Badan Tanpa Berpeluh di Rumah


Menurunkan berat badan, membakar kalori, dan lemak perut adalah perkara yang difikirkan ramai terhadap rupa bentuk tubuh sendiri. Sementara, bersukan juga turut difikirkan kerana rasa malas, keletihan, dan kekurangan motivasi.

Anda tidak perlu membayangkan perlu ke gym untuk menjadi langsing. Cukup buat perubahan kecil dengan tabiat yang sihat di rumah yang tidak memerlukan anda mengeluarkan banyak peluh, namun boleh memperbaiki metabolisma tubuh.

Berikut ini tips membakar kalori berlebihan yang boleh anda lakukan di rumah tanpa berpeluh.

Masa berehat di rumah

Ada kalanya anda tidak melakukan apa-apa di rumah kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. daripada hanya duduk di depan TV sambil bermain telefon bimbit, sebaiknya manfaatkan masa untuk melakukan hal kecil seperti melipat kain atau memasukkan pakaian yang sudah diseterika ke dalam almari anda.

Semasa melakukan kerja-kerja rumah

Kajian mendedahkan bahawa pekerjaan di rumah seharian membantu anda membakar ratusan kalori dalam sejam. Menyapu dan mop rumah, membersihkan tandas, debu dan perabot boleh membantu anda membakar kalori tanpa mengeluarkan peluh.

Bermain bersama anak

Libatkan anak anda untuk banyak bergerak dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan di luar rumah. Bawa anak jalan-jalan di sekitar taman perumahan atau taman berdekatan rumah atau ajak mereka menggunakan kenderaan awam semasa pergi dan pulang sekolah. Dipetik dari Zeenews.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas