Tetaplah berhubung

Tips Membuat Ketiak Lebih Cerah

ketiak-lebih-cerah

Kesihatan

Tips Membuat Ketiak Lebih Cerah

Gambar: Mamaclub

Tips Membuat Ketiak Lebih Cerah

Setiap wanita tentunya ingin mempunyai ketiak bersih dan cerah. Namun sebahagian daripada kita mempunyai masalah ketiak gelap.

Untuk mengatasi ketiak yang gelap ini boleh dilakukan dengan mengamal tips berikut sebagaimana yang dilaporkan oleh Marieclaire, Ahad, (5/7/2015).

Waxing

Mencabut bulu ketiak dengan cara waxing boleh dijadikan pilihan agar mendapatkan ketiak yang cerah dan bersih. Walaubagaimanapun, perlu diketahui tidak disyorkan mencukur, sebab mencukur tidak membuang bulu ketiak hingga ke akarnya, sehingga menyebabkan warna hitam pada ketiak.

Cuci

Lakukan cucian pada ketiak anda seminggu tiga kali dengan gosokan. Gunakan scrub agar seluruh sel kulit mati pada ketiak hilang sehingga ketiak menjadi cerah.

Deodoran

Salah satu faktor yang membuat ketiak hitam adalah deodoran. Kandungan bahan kimia dalam deodoran membuatkan ketiak beriritasi sehingga menjadi hitam. Pilih deodoran yang dikhususkan untuk kulit sensitif, agar ketiak boleh kembali bersih dan cerah.

Bahan semulajadi

Anda juga boleh memakai bahan semulajadi untuk memutihkan ketiak, dengan cara mencampurkan kunyit, yogurt dan madu. Aplikasikan ke semua bahan tersebut di ketiak anda. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas