Tetaplah berhubung

Tips Diet Susutkan 2 Kg Dalam Sehari

Kesihatan

Tips Diet Susutkan 2 Kg Dalam Sehari

Gambar: Pinterest

Tips Diet Susutkan 2 Kg Dalam Sehari


Musim hujan biasanya menjadi masa yang sempurna untuk bermalas-malasan. Tubuh boleh tiba-tiba gemuk hanya dalam masa beberapa minggu.

Untuk menjaga kecantikan dan berat badan ideal, ada baiknya anda menggunakan resipi minuman hijau ini. Anda boleh mengambilnya setiap waktu tanpa perlu bimbang berat badan anda bertambah.

Dipetik dari laman Healtyfoodteam, resipi diet ini berkesan dapat mengurangkan saiz pinggang anda, serta meningkatkan sistem kekebalan selama musim hujan. Jadi, apa bahan-bahannya?

Yang perlu anda siapkan adalah satu pisang beku, satu sudu makan halia parut, dua sudu makan flaxseed, secangkir bluberi beku, setengah cawan bayam, dan beberapa potong ais. Jika semua bahan telah siap, masukkan semua bahan ke dalam blender dan kacau rata. Minuman ini akan sangat bermanfaat di waktu pagi.

Minuman ini secara terbukti berkesan mampu menjadi senjata untuk pembakaran lemak. Malah, mereka yang memasukkan resipi ini ke dalam senarai menu diet boleh menyusutkan lemak hampir dua kilogram dalam satu hari.

Perlu anda ketahui, pisang yang menjadi bahan asas dalam menu sihat ini mengandungi potasium yang tinggi, anti-oksidan, dan serat. Sebab itulah buah tropika ini sangat berkesan dalam merangsang pencernaan dan mengeluarkan racun dari tubuh dan mampu menyokong penurunan berat badan.

Tidak hanya itu, tambahan halia di dalamnya juga berkhasiat untuk meningkatkan kekebalan tubuh, mempercepatkan metabolisma, dan mengurangkan nafsu makan. Halia mengandungi kromium, magnesium, dan zink, yang mempunyai anti-inflamasi sempurna untuk tubuh.

Flaxseed juga mempunyai peranan penting untuk kesihatan, kerana mempunyai kandungan serat yang tinggi. Sehingga membuat anda rasa kenyang lebih lama dan terbukti untuk menurunkan berat badan.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas