Tetaplah berhubung

Tips Cepat Untuk Mendapatkan Bayi

cepat-untuk-mendapatkan-bayi

Kesihatan

Tips Cepat Untuk Mendapatkan Bayi

Gambar: newmedicinegroup

Tips Cepat Untuk Mendapatkan Bayi

Wanita yang baru bernikah selalunya bimbang jika tidak mempunyai keturunan. Bertenanglah, ada tips mudah yang boleh dilakukan agar cita-cita anda dan suami cepat tercapai.

Berikut ini empat tips yang paling cepat agar wanita baru bernikah cepat hamil, memetik laman Boldsky.

Khidmat nasihat doktor

Sebelum merancang kehamilan, penting untuk melawat doktor pakar. Doktor akan melakukan ujian tertentu untuk menentukan sama ada rahim sedia untuk hamil atau tidak.

Pengambilan folat

Folik adalah elemen nutrisi yang diperlukan wanita yang hendak menghadapi kehamilan. Ada baiknya, anda sudah secara rutin mengambilnya sejak baru berkahwin agar rahim cepat merangsang sel sperma yang mensenyawakan sel telur anda.

Makanan beriodin

Salah satu hal yang tidak boleh dilewatkan wanita adalah makanna beriodin. Tahap iodin yang baik pada calon ibu hamil akan membantu dalam perkembangan otak janin dan perkembangan sistem saraf.

Mengelakkan tekanan

Wanita harus memastikan bahawa dirinya sihat dan juga fikirannya tenang. Pastikan anda mengelakkan perasaan kalut, cemas, takut, dan bimbang tidak cepat hamil selepas bernikah.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas