Tetaplah berhubung

Telur Untuk Hilangkan Selulit

hilangkan-selulit

Kesihatan

Telur Untuk Hilangkan Selulit

Gambar: Google

Telur Untuk Hilangkan Selulit

Selulit atau stretch mark muncul kerana regangan kulit akibat berat badan bertambah secara ketara. Garisan putih pada permukaan kulit tersebut memang kerap mengganggu penampilan seseorang.

Oleh itu banyak wanita yang berusaha untuk menghilangkannya melalui pelbagai produk kecantikan. Namun, tahukah anda telur mempunyai khasiat yang baik untuk kulit terutama dalam mengatasi stretch mark?

Cuba lakukan beberapa langkah mengatasi stretch mark dengan telur.

Pertama, pecah dua butir telur dan pisahkan antara kuning dan putihnya. Untuk ini, anda hanya menggunakan putih telur sahaja.

Kedua, gaullah putih telur menggunakan garpu. Gaul sebentar saja dan tidak perlu terlalu lama.

Ketiga, bila putih telur sudah cukup mengembang, mulakan aplikasikan pada kawasan yang terdapat stretch mark. Sebaiknya, gunakan berus make-up ketika mengaplikasikannya.

Keempat, biarkan selama beberapa minit hingga putih telur mengering pada kulit. Kemudian, bilas dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala. Jika sudah, aplikasikan beberapa titis minyak zaitun pada kawasan stretch mark dan urut perlahan. Urutan berguna untuk membuat peredaran darah menjadi lancar. Lakukan hal ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas