Tetaplah berhubung

Sebab Kenapa Wanita Miliki Kumis Pada Wajah

Kesihatan

Sebab Kenapa Wanita Miliki Kumis Pada Wajah


APABILA anda melihat garis kumis tipis di atas bibir, jangan khuatir. Anda tidak akan menjadi lelaki, ini kerana adalah perkara normal dan tidak membahayakan selama pertumbuhan usia dan perubahan perkembangan.

Sewaktu kita masih kecil, baik lelaki mahupun perempuan mempunyai rambut wajah yang tipis. Apabila dewasa, lelaki cenderung tumbuh rambut wajah yang lebih lebat dan cepat pula pertumbuhnya, sementara wanita tidak. Hal ini terjadi kerana pengaruh hormon.

Setiap manusia, apapun jantinanya, memiliki baik hormon lelaki mahupun perempuan. Perlu diketahui, setiap perempuan juga mengeluarkan hormon lelaki yang disebut androgen, hanya dalam jumlah sedikit. Seiring pertambahan usia, level estrogen dalam tubuh wanita berkurangan dan membuat hormon androgen muncul.

Itulah mengapa sesetengah wanita, setelah memasuki fasa menopause, muncul kumis tipis tumbuh di atas bibir mereka. Walaupun, sesetengah perempuan juga memiliki rambut lebih di wajah kerana faktor genetik.

Seperti dipetik dari Healthmeup, faktor lain yang mempengaruhi keseimbangan hormon perempuan juga menjadi salah satu penyebabnya. Kehamilan, pil kehamilan, menstruasi yang tidak normal, menopause, dan polycystic ovary syndrome (POS).

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas