Tetaplah berhubung

Sebab Kenapa Tidak Mampu Tidur Nyenyak Pada Waktu Malam

Kesihatan

Sebab Kenapa Tidak Mampu Tidur Nyenyak Pada Waktu Malam


SUSAH untuk tidur pada waktu malam tentu tidak menyenangkan. Tetapi, jangan ditelan terlebih dahulu ubat tidur atau berfikir anda insomnia.

Ini terjadi berkemungkinan kebiasaan yang seharusnya tidak anda lakukan sebelum ke tempat tidur.

Berikut adalah beberapa hal yang mungkin mengejutkan anda, seperti dipetik dari Menshealth.

Vitamin B

Vitamin B yang didapati dari sayuran hijau, ikan, kacang-kacangan, atau suplemen tambahan mampu membuat anda terjaga di waktu anda harus tidur. Vitamin B yang membantu membentuk sel darah merah dan membantu proses pembuatan energi dari makanan dapat mempengaruhi tidur anda.

Tidak mencapai klimaks

Ramai yang mungkin mengeluh sukar tidur setelah berhubungan dengan isteri atau suami. Mencapai klimaks dapat menghilangkan stres dan membanjiri otak dengan oksitosin dan serotonin yang membuat efek tidur. Namun, bila klimaks tidak dicapai, tekanan darah yang terlebih meningkat akan membuat anda sukar tidur.

Membaca buku yang meningkatkan emosi

Membaca buku tentang cerita yang berada di luar jangkauan minda seperti fantasi, dongeng adalah biasa sebelum tidur. Namun buku tentang cerita atau tulisan yang dapat memunculkan emosi, kerana sesuai dengan kehidupan peribadi anda misalnya, mampu membuatkan anda sukar tidur.

Kongsi tempat tidur dengan kucing

Satu kajian mendapati bahawa 10% pesakit terganggu waktu tidur mereka di malam hari. Gangguan umum dari binatang peliharaan seperti dengkuran, raungan ketika berjalan keliling rumah, dan lainnya. Dari haiwan yang dipelihara, atau kucing yang cenderung lebih mengganggu.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas