Tetaplah berhubung

Sebab Kenapa Selalu Digigit Nyamuk

sebab-kenapa-selalu-digigit-nyamuk

Kesihatan

Sebab Kenapa Selalu Digigit Nyamuk

Sebab Kenapa Selalu Digigit Nyamuk

Cuaca yang selalu berubah-ubah menjadikannya masa yang sesuai untuk nyamuk membiak. Ada banyak faktor yang mempengaruhi kelangsungan hidup nyamuk, begitu juga dengan kelemahan tubuh kita dalam menghadapi serangan nyamuk ini.

Kajian menunjukkan bahawa 20 peratus daripada kita lebih menarik dan digigit lebih kerap oleh nyamuk. Sekira 85 peratus faktor tersebut ditentukan oleh genetik, para saintis juga mendapati sebab lain kenapa kita terlalu kerap diserang nyamuk.

Warna pakaian

Berkemungkinan anda menyedari bahawa nyamuk menyukai sesuatu yang gelap. Bukan hanya bilik gelap, tetapi juga pakaian gelap yang kita. Orang yang memakai pakaian hitam atau biru akan kelihatan menarik oleh nyamuk.

Sebaiknya guna pakaian berwarna terang untuk mengurangkan potensi digigit nyamuk.

Jenis darah

Kajian menunjukkan bahawa jenis darah tertentu menarik nyamuk daripada yang lain. Banyak masyarakat, bergantung dari jenis darahnya, merembes peluh atau gula melalui kulit yang boleh dikesan nyamuk.

Kajian mengatakan bahawa nyamuk lebih menyukai orang dengan jenis darah O. Nyamuk dikatakan dua kali lebih kerap mendarat di kulit orang dengan golongan darah universal ini daripada pemilik golongan darah A.

Karbon dioksida

Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida yang dikeluarkan manusia dengan reseptor di organnya. Organ nyamuk tersebut dapat mengesan mangsa mereka sehingga 50 meter jauhnya. Dengan demikian, mereka yang menghembuskan karbon dioksida lebih banyak, seperti orang gemuk, akan lebih kerap digigit.

Bakteria

Sejumlah besar spesis bakteria semulajadi menghuni kulit manusia. Para penyelidik telah menunjukkan bahawa jenis bakteria tertentu hadir dalam jumlah yang besar misalnya Staphylococcus epidermidis, yang membuat individu lebih menarik bagi nyamuk.

Kehamilan

Wanita hamil lebih terdedah kepada gigitan daripada rakan sebaya mereka yang tidak hamil. Bagaimanapun, mungkin kerana fakta bahawa mereka menghembuskan nafas relatif lebih banyak dan mempunyai suhu badan rehat yang lebih tinggi.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas