Tetaplah berhubung

Sebab Kenapa Perut Rasa Selalu Lapar

Kesihatan

Sebab Kenapa Perut Rasa Selalu Lapar

Gambar: Sidomi News

Sebab Kenapa Perut Rasa Selalu Lapar


Makanan adalah keperluan asasi semua bentuk makhluk hidup. Tapi, keperluan itu boleh menjadi masalah jika rasa lapar berterusan menyerang.

Seorang doktor pakar nutrisi asal New York, Amerika Syarikat, Maggie Moon, menjelaskan rasa lapar yang berterusan boleh menganggu kesihatan fizikal dan mental.

“Lapar adalah wujud dari keperluan kalori, air, dan garam. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor pemakanan, nafsu makan, dan faktor emosi atau stres, ” ujar Moon.

Berikut beberapa sebab rasa lapar walaupun sudah makan:

Dehidrasi

Jika tubuh kekurangan cecair akan berlaku kekeliruan pada otak yang disebut hyphothalamus. Keadaan ini membuatkan anda sentiasa ingin makan padahal diperlukan tubuh adalah air bukan makanan.

Kurang tidur

Tidur kurang berkualiti menyebabkan tubuh menghasilkan dua hormon yang berkaitan dengan nafsu makan, iaitu hormon ghrelin dan leptin. Kurang tidur menyebabkan rasa lelah yang mengakibatkan kurangnya tenaga.

Stres

Bergelut dengan masalah keluarga atau pekerjaan boleh mencetuskan tekanan. Ketika stres, kadar serotonin dalam otak akan menurun yang mengakibatkan timbulnya ilusi lapar.

Melewatkan waktu makan

Melewatkan sarapan atau makan tengah hari akan membuat perut rasa lapar. Perut yang dibiarkan kosong terlalu lama akan menghasilkan hormon ghrelin yang menyebabkan nafsu makan meletup.

Tidak cukup lemak

Seperti protein, lemak adalah bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh. Kurangnya pengambilan lemak boleh mencetuskan timbulnya rasa lapar yang tidak berkesudahan. Demikian memetik Heath.com.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas