Tetaplah berhubung

Sebab Kenapa Kulit Kering

Kesihatan

Sebab Kenapa Kulit Kering


KULIT KERING tidaklah menimbulkan masalah serius secara umumnya, tetapi mampu mempengaruhi kualiti hidup kita seharian, rasa tidak selesa. Struktur kulit yang tidak menarik kerana berkerut, sekaligus merosak mood apabila melihatnya dan menyentuhnya.

Tidaklah rahsia lagi kulit merupkan aset kecantikan. Ramai wanita rela menghabiskan waktu dan wang ringgit untuk melakukan rawatan kecantikkan kulit. Wanita mana yang tidak inginkan berkulit putih mulus dan lembut? Sayangnya, untuk mendapatkan kulit impian itu tidaklah semudah yang disangka, ada-ada saja masalah yang timbul, salah satunya yang sering dialami adalah kulit kering.

Sebagian besar kenapa kulit kering adalah dipengaruhi oleh faktor cuaca, kebiasaan hidup, dan  juga  disebabkan oleh penyakit tertentu.

Ciri-ciri kulit kering biasanya terasa kaku/tegang seperti rasa kulit ketat setelah mandi, berenang atau berendam dalam air. Kulit kering juga kelihatan mengerut dan dehidrasi. Kulit akan rasa gatal dan rasa gatal bertambah setelah digaru secara berulang, struktur kulit nampak pecah-pecah, bersisik (scaling) atau mengelupas (peeling). Pecahan kulit juga boleh mengakibatkan perdarahan ringan.

Penyebab kulit kering

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering:

  • Cuaca. Kulit kering umunya pada musim sejuk, suhu dan pada kelembaban sangat rendah.
  • Air Conditioner/Alat Pemanas dapat menurunkan kelembaban kulit dan mengakibatkan kulit kering.
  • Mandi dengan hot shower atau air panas terlalu mampu menghancurkan lapisan lemak permukaan kulit yang merupakan pelembab semulajadi kulit. Selain, selalu berenang di kolam renang yang mengandungi klorin boleh menyebabkan kulit kering.
  • Sabun dan deodorant boleh mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air dari kulit. Selain, detergent dan sabun anti bakteria/antiseptik.Hindari penggunaan sabun seperti ini, pilih sabun yang mengandung bahan pelembab.
  • Sinar matahari juga dapat membuat kulit kering.
  • Dermatitis pharmacies. Penderita penyakit ini, kulitnya sensitif dan mudah kering. Pesakit rasa kulit kering dan gatal berlebihan dan sering terkena pada wajah, leher, lipatan siku, pergelangan tangan, lutut dan pergelangan kaki
  • Psoriasis. Pertumbuhan kulit kemerahan yang kasar, kering dan bersisik tebal berlapis-lapis.
  • Gangguan kelenjar tiroid. Akibat terlalu rendah kadar hormon tiroid,aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak kulit menurun. Kulit menjadi kasar dan kering.

Setiap orang mengalami kulit kering, hanya ada beberapa faktor risiko pada orang-orang tertentu, misalnya usia lanjut, kerana jumlah kelenjar minyak yang berfungsi untuk melembabkan kulit sudah berkurangan mengikuti proses penuaan kulit. Untuk bayi kelenjar minyak belum berkembang sempurna juga dapat mengakibatkan kulit kering. Orang mempunyi asma, alergi juga cenderung memiliki kulit kering. Demikian juga pada orang yang sering mandi atau berendam untuk waktu yang lama. Terlalu sering melakukan peeling/scrubing pada kulit juga mengakibatkan kulit kering.

Biasanya, kulit kering kerap terjadi pada insan yang mempunyai jenis kulit yang bertekstur nipis dan juga mirip seperti kertas dan pori-porinya sangat baik. Setelah mencuci wajah, kulit akan terasa lembab. Di siang hari, akan muncul kulit yang mengering seperti menyerupai bentuk serpihan putih nipis. Cara rawatan yang dipilih untuk jenis kulit kering ini adalah pembersih wajah yang mempunyai tekstur creamy yang membantu untuk menghilangkan kotoran. Kemudian biarkan beberapa saat sebelum membersihnya dengan kapas. Kemudian, basuhlah wajah dengan menggunakan air sejuk untuk mendapatikan hasil yang lebih menyegarkan. Letak pelembab untuk membantu menjaga kelembapan kulit.

Jika kulit anda termasuk ke dalam jenis kulit yang kering, maka pilihlah facial jenis hydrating facial. Rawatan ini diformulasikan untuk membantu memberikan kelembapan yang ekstra pada kulit kering.

Sinar matahari, pencemaran, serta alat pendingin, sampai ke sabun mandi mampu menyebabkan lapisan pada pelembab kulit berkurang. Kemudian gunakanlah pelembab agar lapisan kulit yang paling luar sentiasa tetap menawan. Lebih efektif, gunakanlah pelembab kulit dalam keadaan bersih dan sudah menyerap air kerana proses seperti pembentukan lapisan sehingga air yang sudah masuk dan terserap oleh kulit akan tertahan dan tidak mudah menguap. Gunakanlah pelembab yang sesuai.

Hindari berendam dengan menggunakan air panas. Berendam di dalam air panas akan membuat anda menjadi malas untuk bangun dari kamar mandi. Tindakan ini adalah kurang baik untuk tubuh. Sebaiknya mulalah untuk menghindari berendam air panas terlalu lama.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas