Tetaplah berhubung

Perkara Berikut Ini Menyebabkan Tubuh Badan Selalu Rasa Kepenatan

perkara-berikut-ini-menyebabkan-tubuh-badan-selalu-rasa-kepenatan

Kesihatan

Perkara Berikut Ini Menyebabkan Tubuh Badan Selalu Rasa Kepenatan

Gambar: Pinterest

Perkara Berikut Ini Menyebabkan Tubuh Badan Selalu Rasa Kepenatan

Adakah anda selalu rasa letih, malah ketika anda tidak bekerja sekalipun? Jika ya, mungkin memang ada sesuatu yang kurang betul dalam gaya hidup anda.

Berikut ini beberapa hal remeh yang boleh membuat tubuh rasa lelah.

Bangun tengah hari

Satu kajian di Harvard pada 2008 menunjukkan, orang yang bangun awal di waktu pagi lebih aktif berbanding dengan yang bangun di tengah hari. Hal ini dapat pula mempengaruhi prestasi seseorang.

Ketika bangun pagi, anda boleh menyelesaikan tugas di rumah, seperti membersihkan rumah atau membuat sarapan lebih awal. Sehingga anda tidak bersenam pagi, aktiviti rumah boleh menjadi alternatif untuk membuat badan anda segar. Ketika pagi, anda boleh menghirup udara segar.

Persekitaran tak kondusif

Berada di lingkungan orang-orang yang suka mengadu boleh mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Penulis The Body No Lie, Vicky Vlachonis menjelaskan, orang-orang yang cenderung mudah mengeluh dan sinis dalam menghadapi sesuatu boleh mengalirkan tenaga positif di persekitaran.

“Jika orang-orang yang sinis dan cenderung mengeluh berada di sekitar anda, mereka boleh menguras tenaga anda,” jelas Vlachonis.

Berhati-hatilah dalam memilih pergaulan. Cari persekitaran yang membuat anda sentiasa berfikir positif.

Aktiviti intim kurang

Bagi yang sudah berkahwin, berhubungan intim dengan pasangan boleh cukup berpengaruh terhadap kecergasan tubuh anda. Orang yang cenderung jarang melakukan aktiviti intim dengan pasangannya akan mudah lelah.

Ada baiknya anda tahu, hubungan intim boleh melepaskan prolaktin yang ketika tidur akan meningkat secara semulajadi. Keintiman boleh membantu seseorang merasa tidurnya lebih nyenyak dan berkualiti.

Benci pekerjaan

Orang yang tidak menyukai pekerjaannya akan cenderung mudah letih dan lesu. Orang jenis ini tidak boleh menikmati pekerjaannya, sehingga jangan hairan jika kariernya tidak berkembang dengan baik.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen
Ke Atas