Tetaplah berhubung

Nutrisi Ini Sangatlah Penting Ketika Haid

Kesihatan

Nutrisi Ini Sangatlah Penting Ketika Haid

Nutrisi Ini Sangatlah Penting Ketika Haid


Adakah anda tahu pentingnya bagi wanita untuk mempertahankan pola pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang sering dialami semasa haid.

Dipetik dari Boykepedia, berikut beberapa panduan mengenai pengambilan nutrisi dan pemakanan yang dianjurkan untuk dimakan semasa haid.

Pada tempoh haid normal, wanita akan kehilangan darah sebanyak kurang lebih antara 10-80cc darah dalam sehari. Sementara mereka yang mengalami haid yang lebih berat akan kehilangan darah lebih banyak. Sehingga kehilangan cecair tersebut perlu digantikan dengan minum air yang cukup.

Pastikan pengambilan kalsium yang cukup. Sumber kalsium yang baik ditemui pada susu rendah lemak, soya atau susu beras, tofu, yogurt, brokoli, dan salmon. Kalsium dapat membantu mengekalkan tonus otot dan mencegah kekejangan dan sakit perut.

Pengambilan karbohidrat kompleks seperti roti gandum, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Keluhan lain yang sering dialami semasa haid adalah sembelit (susah buang air besar). Makanan yang boleh membantu mengurangkan gejala tersebut adalah sayur-sayuran.

Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan. Makanan yang mengandung magnesium seperti kekacang dan tauhu. Magnesium boleh mengoptimalisasi kapasiti tubuh dalam menyerap kalsium dan mengurangkan kekejangan perut.

Pengambilan vitamin E, antioksidan yang dapat mengatasi beberapa gejala pre haid dan juga member manfaat pada sistem peredaran. Makanan yang mengandungi vitamin E termasuk avokado, kuning telur dan hati.

Kemudian makanlah makanan yang kaya vitamin B6 seperti kentang dan pisang yang dapat membantu metabolisma protein dan sel darah merah dan boleh mengatasi kemurungan. Pastikan anda mendapatkan vitamin C dan zinc yang cukup, kerana zat pemakanan tersebut merupakan penyokong kesihatan sel telur wanita dan sistem pembiakan.

Sementara dalam darah yang terbuang terkandung zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Jika seseorang mengalami kekurangan zat besi maka gejala yang biasa timbul berupa lelah, pucat, rambut gugur, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan badan. Untuk mencegahnya, sebaiknya setiap wanita perlu mengambil makanan yang mengandungi zat besi di antaranya daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas