Tetaplah berhubung

Minum Susu Mencegah Risiko Penyakit Jantung

Toasting with Milk Glass

Kesihatan

Minum Susu Mencegah Risiko Penyakit Jantung

Minum Susu Mencegah Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh nombor satu di dunia, mahupun di negara seperti Malaysia. Untuk itu, usaha pencegahan seawal mungkin perlu dilakukan, salah satunya dengan mengambil kira pola pemakanan yang sihat.

Menurut Penyelidikan Kesihatan Dasar tahun 2013, angka penghidap penyakit jantung meningkat pada kumpulan usia muda, iaitu di bawah usia 45 tahun. Oleh itu pencegahan awal perlu dilakukan.

Masyarakat sebaiknya terus meningkatkan kesedaran agar mula mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Seperti dengan pemilihan nutrisi yang tepat, aktif bersukan, dan rehat yang cukup.

Pemilihan nutrisi dapat dilakukan dengan mengelakkan makanan berlemak dan memilih makanan yang tinggi serat. Diet rendah lemak dan tinggi serat juga terbukti dapat membantu menurunkan kolestrol sehingga menurunkan risiko penyakit jantung dan mencegah stroke.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu yang sering disebut sebagai lemak jahat kerana boleh memburukkan kolesterol darah, yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan jantung.

Pengambilan makanan tambahan seperti susu rendah lemak dan tinggi serat juga disarankan.

Sumber: Internet

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
1 Comment
  • Jack Haris

    Kiasu maaaa..

    Sjkc product

Ke Atas