Tetaplah berhubung

Mencukur Bulu Ketiak Penyebab Penyakit Kanser

Kesihatan

Mencukur Bulu Ketiak Penyebab Penyakit Kanser

Foto: Google

Mencukur Bulu Ketiak Penyebab Penyakit Kanser


Bulu ketiak dianggap umum mengganggu tampilan, sehingga mereka mencabut atau mencukur habis bulu ketiak. Selain untuk tampilan, alasan agar lebih selesa dan kebersihan turut diguna pakai.

Namun perlu anda ketahui bahawa, bulu ketiak mempunyai manfaat yang banyak, dan apabila bulu ini dicukur, ini dapat menyebabkan risiko kesihatan.

Ramai wanita yang memilih untuk mencukur bulu ketiak, kerana bulu ketiak yang panjang meningkatkan potensi bau tidak sedap pada ketiak. Bau tidak sedap ini disebabkan kerana pembusukan cairan lemak yang dikeluarkan oleh kelenjar apocrine pada ketiak oleh bakteria yang ada pada bulu ketiak, terutama kebersihan ketiak. Namun apabila bulu ketiak dicukur habis dan kebersihan ketiak juga tidak dijaga, bakteria akan terkumpul di pori-pori sekitar ketiak dan memudahkan timbul bernanah atau bisul pada ketiak wanita.

Manfaat bulu ketiak adalah untuk melindungi kulit ketiak dari kotoran dan bakteria, melindungi ketiak dan payudara dari racun dari luar tubuh yang akan masuk ke dalam tubuh melalui pori-pori di ketiak. Ketika anda mencukur bulu ketiak sehingga licin, tanpa disedari menyebabkan luka-luka kecil yang tidak nampak oleh kasar mata, sekaligus menyebabkan pori-pori pada ketiak akan membesar.

Luka dan pori-pori yang membesar akan menyebabkan pelbagai kimia, termasuk racun yang berasal dari pelbagai produk kecantikan seperti deodoran, krim, bedak, dan minyak wangi dengan mudah menembusi kulit dan masuk ke dalam kelenjar getah bening yang berada di ketiak. Dan setelah melalui kelenjar getah bening tersebut, kimia dan racun tersebar ke seluruh tubuh, terutama pada bahagian payudara wanita.

Hal ini dibuktikan oleh hasil penyelidikan, bahawa wanita yang mencukur bulu ketiaknya meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 10 kali lebih besar, dibandingkan dengan wanita yang tidak mencukur bulu ketiak. Racun yang sudah masuk ke dalam tubuh menyebar ke bagian tubuh lain, seperti paru-paru, jantung malah otak, sehingga menyebabkan kanser pada organ-organ tersebut.

Apabila bulu ketiak dicukur habis, dan ingin mendapatkan manfaat bulu ketiak tanpa harus mengurangi estetika dan keselesaan, anda sebaiknya cukup hanya dengan menggunting bulu ketiak dan tidak mencabut atau mencukur sehingga licin. Memotong bulu ketiak dengan gunting mengurangi risiko luka dan pembesaran pori-pori pada ketiak.

Ringkasan:
Mencukur bulu ketiak sering dilakukan kerana mengganggu estetika dan keselesaan,
Mencukur bulu ketiak meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 10 kali lebih besar,
Manfaat bulu ketiak adalah melindungi kimia, racun, bakteria dan kotoran dari masuk ke dalam tubuh.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Trending

Ke Atas