Tetaplah berhubung

Melindungi Bayi Dari Gigitan Nyamuk

tips-melindungi-bayi-dari-gigitan-nyamuk

Kesihatan

Melindungi Bayi Dari Gigitan Nyamuk

Melindungi Bayi Dari Gigitan Nyamuk

Nyamuk adalah spesis serangga yang menjadikan bayi sebagai sasaran utamanya. Untuk melindungi bayi dari gigitan nyamuk, gunakan resepi cara semulajadi ini! 

Nyamuk tergolong spesis serangga yang menghisap darah manusia untuk mempertahankan hidupnya. Nyamuk menghisap darah untuk protein yang ada di dalam darah manusia agar dapat terus hidup.

Nyamuk tidak memilih dalam menentukan sasaran. Orang tua, usia dewasa, anak-anak, malah bayi turut menjadi sasaran nyamuk.

Nyamuk yang menggigit kulit menyebabkan kawasan tersebut menjadi gatal. Rasa gatal akibat gigitan nyamuk ini kemudian boleh berubah menjadi luka jika digaru secara menerus, apalagi bila terjadi pada bayi yang masih belum boleh melindungi dirinya sendiri.

Melindungi diri daripada ancaman gigitan nyamuk sebenarnya boleh dilakukan dengan ubat losyen anti nyamuk yang banyak dijual di pasaran. Namun, losyen tersebut tidak disyorkan untuk bayi kerana boleh menyebabkan kulit bayi iritasi kerana mempunyai pelbagai kandungan bahan kimia di dalamnya.

Selain losyen, ada juga ubat anti nyamuk bentuk semburan. Ubat anti nyamuk bentuk semburan ini pun boleh menimbulkan kesan yang buruk bagi bayi kerana boleh meninggalkan racun pada saluran pernafasan bayi, begitu pula dengan jenis anti nyamuk dibakar. Menghirup satu anti nyamuk bakar setara dengan menghirup asap rokok 100 batang. Jadi, boleh anda bayangkan betapa bahayanya jika anda menggunakan ubat anti nyamuk dibakar untuk melindungi bayi daripada ancaman gigitan nyamuk.

Bagaimana cara selamat untuk lindungi bayi dari gigitan nyamuk?

Untuk melindungi bayi dari gigitan nyamuk, anda boleh menggunakan minyak yang berasal dari serai. Minyak serai ini diyakini selamat untuk disapu pada kulit bayi.

Serai, atau yang dikenali dengan lemongrass dalam bahasa inggeris, adalah tumbuhan rumput yang biasanya digunakan sebagai bahan dapur untuk mengharumkan makanan. Minyak serai diperolehi dengan cara menyuling bahagian atas tumbuhan tersebut. Minyak serai boleh digunakan sebagai deodoran, teh herba, penjagaan kulit, aroma wangian, ubat anti serangga dan boleh juga sebagai aromaterapi.

Penyelidikan yang dilakukan perbandingan antara gula-gula yang perlu disapu minyak serai dengan yang tidak menunjukkan bahawa gula-gula yang disapu minyak serai, setelah dibiarkan selama 15 minit dalam jarak berdekatan, tidak didatangi oleh serangga jenis apapun, sehingga dengan kata lain, minyak serai ini mampu digunakan sebagai ubat anti serangga yang semulajadi dan selamat untuk digunakan pada bayi.

Sebenarnya, apa yang membuat serai mempunyai kesan anti serangga?

Kandungan pada serai yang boleh membuatnya menjadi anti serangga adalah citral dan citronela. Citral dan citronella mempunyai sifat anti kulat, anti mikrob dan anti serangga.

Oleh sebab nyamuk adalah golongan serangga, dapat disimpulkan bahawa minyak serai ini boleh anda jadikan pilihan untuk melindungi bayi anda daripada ancaman gigitan nyamuk yang boleh berlaku pada bila-bila saja.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas