Tetaplah berhubung

Manfaat Makan Sebelum Pukul 7 Malam

Kesihatan

Manfaat Makan Sebelum Pukul 7 Malam


ZAMAN kini semakin banyak orang yang menderita masalah yang berkaitan dengan pencernaan seperti obesiti atau diabetes. Penyebabnya tentu sahaja pola pemakanan serta pilihan makanan yang tidak sihat. Makanan tidak sihat yang dicerna dengan tidak sempurna mampu menyebabkan gangguan tersebut.

Salah satunya, pola pemakanan yang membahayakan kesihatan pencernaan adalah makan malam. Terutamanya jika anda makan makanan berat sebagai menu makan malam anda. Padahal beberapa jam kemudian, semua sistem dalam tubuh anda berhenti bekerja. Sebab itu, makan malam yang dilakukan awal bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Berikut adalah manfaat makan malam lebih awal yang wajib untuk anda ketahui:-

Menghindari kenaikan asid gastrik

Jika anda makan makanan berat sebelum tidur, anda akan rasa tidak selesa berbaring di tempat tidur. Selain itu, asid gastrik juga akan naik dan menyebabkan rasa seperti terbakar di hati anda.

Memberikan waktu lebih lama untuk mencerna makanan

Salah satu kelebihan untuk makan malam lebih awal adalah memberikan waktu yang lebih lama agar makanan mampu dicerna dengan baik. Sebab sewaktu tidur, proses pencernaan makanan tidak sempurna dan menjadi masalah pencernaan.

Menghindari obesiti

Kajian menunjukkan bahawa makan malam dan obesiti sangatlah berkaitan. Hal ini terjadi kerana sistem pencernaan tubuh tidak berjalan dengan baik pada waktu malam dan sistem metabolisma cenderung lambat. Jika anda makan malam lebih awal andaterhindar dari obesiti.

Mengurangi kecenderungan makan berlebihan

Salah satu alasan terbaik untuk makan malam lebih awal adalah dapat mengurangi kecenderungan untuk makan secara berlebihan. Sebab jarak antara makan siang dan makan malam tidak terlalu lama, sehingga tidak merasa terlalu lapar pada waktu malam dan tentu saja porsi makan malam pun tidak terlalu banyak.

Tubuh sebenarnya memiliki jam biologi dalam hal pencernaan. Jjam 5 petang ke atas adalah waktu terbaik untuk mencerna makanan. Jangan membebani kerja pencernaan dengan makan makanan berat atau makan terlalu banyak. Jika anda melanggarnya, maka masalah pencernaanlah yang anda akan perolehi.

(nip)

Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas