Tetaplah berhubung

Kenapa Tubuh Badan Wanita Lebih Berlemak dari Lelaki

Kesihatan

Kenapa Tubuh Badan Wanita Lebih Berlemak dari Lelaki


Teka-teki kenapa wanita memiliki lebih banyak lemak badan dari lelaki akhirnya terjawab.

Menurut penyelidik di Amerika Syarikat, wanita memerlukan paha, pinggul dan punggung yang besar untuk melahirkan bayi yang pintar.

Menurut Profesor Will Lassek, epidemiologi kesihatan masyarakat di Pittsburgh University, Pennsylvania, ketiga tempat berlemak tersebut memainkan peranan penting dalam mendorong perkembangan otak bayi yang baru lahir melalui penyusuan anak,

“Lemak yang ada dalam 3 area tersebut menjadi depot bagi perkembangan otak bayi,” kata Lassek, ketua dalam penyelidikan ini. “Banyak lemak diperlukan untuk membuat sistem saraf, dan lemak di bahagian ini juga diperkaya dengan DHA (docosahexaenoic acid), yang merupakan komponen yang sangat penting dalam otak manusia.” Inilah jawapan misteri kenapa wanita lebih banyak memiliki lemak dalam tubuh yang jumlahnya 30% dari total keseluruhan berat tubuh badan.

Wanita telah menukar otot dengan lemak sehingga kekuatannya hanya sekitar 1/3 dari lelaki. Sementara tubuh lelaki terdiri dari hanya 5 sehingga 10% lemak. Kelebihan lemak pada wanita akan hilang selama menyusukan anak kerana DHA diperlukan oleh otak bayi mereka. Profesor Lassek menambah ibu yang menyusukan biasanya kehilangan satu pound lemak (setengah kilo) setiap bulan. Hasil penyelidikan lain mengatakan wanita yang memiliki paha dan punggung yang besar seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez mampu melahirkan seorang anak yang cerdas.

“Pembentukan otak dan lipid ASI (lemak) sebagian besar berasal dari lemak yang tersimpan dalam paha dan punggung ibu,” kata David Bainbridge, seorang Pakar Reproduksi di Universiti Cambridge yang mempelajari bentuk tubuh badan wanita. “Wanita dengan paha besar memiliki kandungan lipid yang lebih tinggi. Malah ada bukti bahawa ibu dan anak-anak mereka lebih cerdas.” Peyelidikan ini melahirkan sebuah lagi penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Jun yang lalu, menjawab kenapa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki tubuh badan curvy.

(nip)

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
Klik Untuk Komen

Lagi di Kesihatan

Ke Atas