Tetaplah berhubung

Kajian Mendapati Lelaki Suka Makanan Pedas Lebih Macho

Foto: Medicaldaily

Kesihatan

Kajian Mendapati Lelaki Suka Makanan Pedas Lebih Macho

RAMAI wanita fikir lelaki yang suka makanan pedas lebih nampak kelelakian. Baru-baru ini, satu kajian di Perancis membuktikan bahawa, lelaki yang sering makan makanan pedas memiliki hormon testosteron yang tinggi.

Dalam kajian tersebut, lelaki diminta mencuba makan malam dengan mashed potato dan diizinkan untuk menambah Tobasco (sos lada) dengan jumlah yang mereka inginkan. Mereka yang memiliki testosteron tinggi, lebih banyak menggunakan sos lada super pedas tersebut daripada yang tidak.

Testosteron dikaitkan dengan stereotaip dan perilaku maskulin, seperti agresif fizikal dan tindakan berani atau berisiko, kata penulis kajian Laurent Begue, Ph.D. Kemungkinan pengaruh ini berkait dengan persepsi seksi (hot dalam bahasa Inggeris). Demikian seperti diperkatakan dari Menshealth.

Namun, para pengkaji  tidak dapat menyatakan bahawa, kebiasaan makan makanan panas dapat meningkatkan tingkat testosteron pada lelaki. Sehingga kini, kajian mengenai kaitan makanan pedas dengan peningkatan testosteron hanya sampai pada penelitian dengan tikus, kata Begue.

(nip)

Muat artikel
Klik Untuk Komen
Ke Atas